Utama Blog Laman 158

Botnet Is Real: Forum Lowyat.NET ‘Dijatuhkan’ Oleh Botnet ACE-ZEUS

0
Seawal jam 11 pagi lagi omghackers menerima maklumat dari individu yang mendakwa beliau akan ‘menjatuhkan’ (take down) forum Lowyat.NET dengan menggunakan botnet.
Botnet yang beliau namakan sebagai ACE-ZEUS itu nampaknya berkesan menjatuhkan forum tersebut dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Berikut adalah tangkap layar lebih kurang pukul 11 pagi tadi.

Ini pula adalah tangkap layar beberapa minit selepas kami dihubungi.

Ditanyakan apakah motif beliau, katanya ia adalah disebabkan moderator forum yang mengenakan harga iklan yang terlalu tinggi. Berapakah jumlahnya biarlah ia menjadi rahsia, namun boleh dikatakan agak tinggi juga meskipun diakui ahli forum tersebut sangat ramai serta menjadi tempat kunjungan mereka yang meminati teknologi semasa.

Apapun, kita tunggu apakah nanti ada perbincangan positif antara kedua belah pihak.

Penafian: Kami dari omghackers.com hanya menerbitkan artikel sahaja. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kami berkecuali dan hanya bersikap menyampaikan berita. Terima kasih.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

HDKAN: Tonton Live TV Secara Percuma

0

Pada awalnya abam terasa seperti sedikit berat hendak menulis tentang aplikasi ini, dek kerana saluran televisyen yang ‘bertapak’ di Malaysia seperti OASIS dan MAYA tidak ‘keluar’ ketika cuba distrim.

Namun Live TV bukan tertumpu kepada saluran ‘berasaskan’ Malaysia sahaja. Oleh sebab itu abam perkenalkan juga kepada anda aplikasi HDKAN, yang mempunyai pelbagai saluran televisyen siaran langsung.

Dengan versi terbarunya 1.1.1, paparan antaramuka pengguna berubah begitu banyak sekali berbanding versi sebelumnya.

Masih lagi mempunyai sarikata berbahasa Cina, namun tetapan telah menggunakan bahasa Inggeris secara lalainya (default).

Selain itu, decoder juga telah ditetapkan secara automatik, bererti jika anda tukarkan kepada software sekalipun tiada sebarang muat turun tambahan yang akan dibuat seperti versi lama.

Jangan tanya, abam pun biarkan je setting camtu. Heheh.

Untuk gambar di atas, anda hanya perlu tandakan/centang kotak tersebut, dan klik pada tulisan berbahasa Cina itu. Ianya adalah tetapan untuk membenarkan aplikasi menggunakan bandwidth dari data mobil anda.

Aplikasi ini masih belum dapat melakukan penstriman terhadap saluran-saluran dari Malaysia yang tertentu, contohnya Astro Prima, Astro OASIS, AEC HD, MAYA HD, dan Astro ON Demand. Namun saluran-saluran lain nampaknya tiada masalah.

Klik pada ‘logo Malaysia’ untuk menyemak saluran

Beberapa saluran yang mudah dikenalpasti kerana namanya
Muat turun:

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Jurutera Google Bereksperimentasi Dengan Penggambaran Bercahaya Rendah Menggunakan Pixel Dan Nexus 6P

0

Kita seringkali tertanya-tanya, sejauh mana kamera pada telefon bimbit pintar ‘boleh pergi’ (bahasa pasarnya lah!).

Tetapi jurutera dari Google nampaknya telah membuktikan teori-teori mereka, algoritma mereka, boleh menghasilkan gambar-gambar yang sangat cantik hanya dengan menggunakan kamera pada Pixel dan Nexus 6P.

Mereka menggelarnya sebagai ‘computational photography‘, dan salah satu projek yang telah berjaya ditempatkan ke dalam Nexus dan Pixel ialah mode HDR+.

Apa Itu HDR+ (by Google)?

HDR+ ialah sebuah mode yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar pada pencahayaan rendah dengan pantas sehingga 10 keping gambar exposure pendek dan menggabungkan kesemuanya kepada sekeping gambar, dengan mengurangkan kekaburan disebabkan getaran pada kamera sambil mengumpul cahaya yang cukup untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik lagi sempurna.

Fewhhh, bukan main susah abam nak terjemah definisi dia tuh!

Untuk mencapai maksud ini, dalam eksperimentasi yang dijalankan oleh Florian Kainz iaitu Jurutera Perisian dari Google Daydream, beliau membuat satu aplikasi ringkas dengan kawalan manual (seperti Camera FV-5, contohnya) kepada masa exposure, ISO, dan jarak fokus.

Apabila butang shutter ditekan, aplikasi tersebut akan menunggu beberapa saat dan kemudian merekod sehingga 64 bingkai dengan tetapan yang telah dipilih. Aplikasi itu menyimpan gambar RAW dari sensor dengan format fail DNG.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang dihasilkan dengan menggunakan Pixel.

Hasilnya memang amat-amat menakjubkan! Computational Photography adalah sebuah gambaran untuk masa depan kepada penggambaran menggunakan telefon pintar.

Untuk diterangkan lagi teorinya amatlah panjang. Anda boleh baca sendiri teori penuh di: Google Research Blog

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Reviu Ubuntu Budgie 17.04: Kelajuan, Prestasi, Dan Tampilan Yang Baik Dalam Satu Pakej

0

Menulis reviu untuk sebuah sistem operasi Linux berasaskan Ubuntu sebenarnya tak mudah. Ini kerana boleh dikatakan kesemuanya tidak mempunyai sebuah ciri yang memberikan impak signifikan kepada pengguna, atau kita boleh sebut sebagai ‘wow factor’.

Ubuntu Budgie juga tidak terkecuali. Kalau pun ada ‘wow factor’ padanya adalah Budgie Desktop itu sendiri.

Berasaskan Gnome Shell, Budgie Desktop memberikan nafas baru kepada persekitaran meja, di mana ia meletakkan menu di atas sebelah kiri, seakan menu elementary OS.

Untuk skrin log masuk, ianya adalah pembaharuan sedikit dari gdm (kalau tak silap).

Setelah masuk ke persekitaran meja buat pertama kalinya, anda akan disambut dengan ‘tutorial’ ataupun panduan ringkas akan cara untuk menggunakan Ubuntu Budgie.

Pada saya ini pun agak ‘biasa’, cuma buat newbie amat sesuai sekali jika ini dikekalkan.

Lalu, beginilah pandangan pertama persekitaran meja Ubuntu Budgie. Dapat dilihat di sebelah kiri ada satu ‘dock’ kecil, namun ia tidak serupa dengan Unity Launcher.

Cirinya ringkas, memang hanya tempat pintas bagi aplikasi yang anda mahukan untuk ia berada di situ. Ia mempunyai ciri ‘intellihide’ atau intelligently hide, seperti Unity Launcher waktu mula-mula dilancarkan dahulu sebelum ciri tersebut ‘dibuang’.

Ubuntu Budgie menggunakan Chromium secara lalainya (default web browser). Firefox pula perlu dipasang sendiri oleh pengguna. Pada saya, Chromium adalah pilihan yang tepat. Tahniah untuk pilihan ini. Sehingga Firefox memperbaiki prestasinya, biarkan saja Chromium sebagai pelayar web lalai.

Tampilan seakan Windows 10, Budgie Settings menempatkan pelbagai tetapan yang mudah capai.

Lain-lain ciri, Ubuntu Budgie menggunakan Terminix sebagai Terminal lalai sistemnya. Agak sedikit janggal juga waktu mula-mula saya mencubanya, namun setelah beberapa kali klik di sini-sana, Terminix juga nampaknya mudah untuk diselia.

Sesuatu yang seringkali terasa pada mana-mana sistem operasi berasaskan Ubuntu ialah kekurangan pada kepantasan/kelajuan dan prestasi (speed and performance).
Cuma dengan persekitaran meja Budgie ini, tidaklah begitu terasa kepantasan seakan elementary OS, namun cukup untuk memberi kepuasan kepada mereka yang ingin sebuah sistem operasi yang kerap mendapat kemaskini (tidak seperti elementary OS yang outdated) tetapi dalam masa yang sama mempunyai prestasi yang baik.
Setakat ini saya belum lagi dapat memasang mana-mana Gnome Shell Extensions, tak pasti kenapa. Tetapi saya akan cuba lagi hingga berjaya.
Apa yang pasti, Ubuntu Budgie tidak akan terhenti setakat kelainan ‘minor‘. Ia mempunyai potensi untuk berkembang sekiranya diberikan pembangunan yang cukup.
Kelancaran sistem ini sepanjang yang saya uji adalah bukti bahawa Ubuntu juga boleh ‘pergi jauh’.
Muat turun: Ubuntu Budgie

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Seorang Bapa Dari Thailand Membunuh Anaknya Perempuannya Di Facebook Live

0

Kredit gambar: Facebook Newsroom

Kegilaan apakah ini??

Seorang bapa tanpa otak telah ‘memfilemkan’ dirinya meletakkan seutas tali di sekeliling leher anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan melontarkannya keluar dari bangunan.

Menurut pihak polis Thailand, dia membunuh dirinya sejurus selepas itu.

Dua klip video pembunuhan anak perempuannya kekal selama 24 jam sebelum Facebook memadamkan ia atas permintaan dari Kementerian Ekonomi Digital Thailand.

Kedua video tersebut mendapat tontonan sebanyak 370,000.

Via: Reuters

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Segmentasi Psikografik?

0
Gambar pinjam dari FIT

Diterjemahkan dari Wiki-nya, Psikografik (Psychographic) ialah kajian atau pembelajaran personaliti, nilai, pendapat, perangai/kelakuan, minat, dan gaya hidup.

Berbeza sekali dengan Demografik, yang hanya mengkaji ‘luaran’ subjek, psikografik ini lebih menyeluruh dengan sentuhan yang lebih mendalam.

Kenapa Psikografik Penting?

Beberapa bulan yang lepas abam ada menghadiri kursus. Kursus apa, itu tak penting. Cuma yang penting, sifu abam ada bagi tahu, tahun ini adalah tahun Psikografik.

Demografik – menjelaskan siapakah pengguna produk anda. Manakala Psikografik pula menjelaskan mengapakah mereka membeli produk anda itu.

Seperti yang abam katakan di atas, fakta segmentasi Demografik lebih menyentuh kepada aspek luaran pengguna seperti umur, jantina, status perkahwinan, jumlah pendapatan, dan lain-lain.

Untuk mendapatkan sasaran kita, seseorang itu haruslah memahami penggunanya, bukan hanya dari luaran bahkan ‘dalaman’ mereka, apa yang mereka mahukan sebenarnya.

Diterjemahkan contoh ini dari blog HubSpot:

Informasi Demografik:-

*Perempuan
*Umur antara 45-65
*Berkahwin, mempunyai anak
*Sedang berdepan dengan isu kenaikan berat badan, diabetis, kekurangan tenaga dan hormon tidak seimbang
*Pendapatan bulanan $100k+.

Informasi Psikografik:-

*Mengambil berat tentang kesihatan dan penampilan
*Mahukan gaya hidup sihat, tetapi tidak mempunyai masa yang cukup
*Rasa terhibur berada di atas talian pada waktu petang, amat meminati Pinterest.
*Cenderung kepada kualiti ekonomi
*Memperoleh kepuasan dalam kerjaya dan keluarga
*Menghargai masa bersama rakan-rakan.

Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai Psikografik ini. InsyaAllah dalam masa yang akan datang, abam akan cuba terangkan lagi mengenainya dengan sedikit lebih terperinci.


Hastalavista bebeh, hasta pronto evelibodi.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tenta Browser: Pelayar Web Android Dengan OpenVPN Terbina Dalaman

0

Saya baru sahaja lepas habis menulis tentang Epic Privacy Browser, yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menjaga privasi serta sekuriti penggunanya.

Ada yang meminta versi Android, namun apakan daya buat masa ini Epic hanya eksklusif untuk Windows sahaja.

Namun jangan bimbang, kerana pelayar web yang mementingkan ciri privasi untuk Android itu ada, dan ianya bernama Tenta Browser. Gambar di bawah menunjukkan serba sedikit salah satu ciri Tenta iaitu Smart Incognito.

Itu baru satu, belum lagi kita pergi kepada cirinya yang lain. Apa dia antaranya?

1. VPN – OpenVPN Terbina Dalaman.

OpenVPN weh, bukan proksi seperti Opera/Opera Mini, Puffin, dan lain-lain contoh lagi.

2. Dilindungi dengan PIN.

Yeah, pelayar web ini dilindungi dengan PIN. Melainkan bini yang minta password, anda boleh berlagak dengan kawan-kawan. Ianya terlindung dengan enkripsi AES-256.

3. Zones.

Zones ialah koleksi tab di satu lokasi khusus. Contohnya satu kumpulan tab, akan sentiasa beroperasi seakan pengguna berada di Miami atau di Seattle.

4. Incognito/Private Browsing Sentiasa Terpasang (Always On).

Sama seperti Epic, Tenta juga mempunyai ciri ini. Anda tidak perlu lagi fikirkan mengenai mana-mana penjejak (trackers) yang akan mengikuti anda.

5. Mempunyai OpenVPN Untuk Seluruh Peranti.

Ya, selain OpenVPN yang berfungsi khusus untuk Tenta (sahaja), ia juga mempunyai pilihan untuk pengguna melanggan servis OpenVPN untuk seluruh peranti (Full Device Wide VPN).

Muat turun: Tenta Browser

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Melanggan Spotify Dengan Harga Paling Jimat, Tak Perlu Cari Crack Lagi

0

Hari ini abam nak share sikit cara langgan Spotify dengan harga yang murah ?. Jimat banyak!

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM22.40 sahaja untuk 6 orang. Jadi kalau RM22.40 dibahagi dengan 6 orang, anggaran setiap seorang kena bayar lebih kurang RM3.733 sebulan. Bundarkan jadi RM4 sahaja. Murah bukan?

Apa yang diperlukan?

1. 6 orang ahli keluarga, atau sahabat handai yang sanggup keluarkan duit RM3.73 atau RM4 sebulan untuk langgan Spotify. Senang cerita yang betul-betul berminat dengan muzik dan penstriman tanpa had.

2. Akaun Spotify tentunya.

3. Mereka yang dah bosan guna cracked version of Spotify. Mencari yang halal itu adalah fardhu.

Jadi, jom ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pergi dahulu kepada pautan ini: Spotify Premium for Family. Jangan lupa log masuk terlebih dahulu ya.

2. Spotify akan minta maklumat pembayaran, sama ada pembayaran melalui debit atau credit card, mahupun pembayaran melalui bil telefon.

3. Apabila selesai melakukan pembayaran, pergi ke akaun Spotify anda, dan klik pada tab ‘Premium For Family’.

4. Pada ruangan ini, klik sahaja pada ‘Invite your family’. Anda boleh invite atau jemput secara mengisi e-mel ahli keluarga atau rakan-rakan anda, atau melalui pautan yang dijana oleh Spotify.

5. Pastikan alamat setiap ahli untuk 5 orang ini sama dengan alamat anda ya. Itu sahaja syaratnya.

Spotify and Chill.

Artikel diolah dari penulisan Izzwan Martang.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Epic Privacy Browser: Pelayar Web Terbaik Untuk Sekuriti Dan Privasi

0
Kita Saya memang suka dengan Google Chrome, namun sesetengah pengguna yang agak paranoid tidak begitu gemarkan cirinya yang memuat naik data pengguna kepada pelayan Google.
Saya juga ada berfikir, benarkah Incognito Mode Google Chrome tidak menjejak kembali penggunanya?
Atas sebab itu saya memuat turun pelayar web Epic Privacy Browser, sebuah pelayar web berasaskan Chrome, namun dengan semua ciri-ciri tracking yang telah dibuang secara total, lalu digantikan pula dengan ciri-ciri yang menjaga hak privasi pengguna beserta sekuriti ekstra.
Jadi, dengan ini saya memperkenalkan kepada anda,
Epic Privacy Browser.

Jangan mudah menyangka bahawa data anda selamat dan terlindung sebaik sahaja anda melancarkan mode incognito. Lihat sahaja gambar di bawah.

Apa Ciri Epic Privacy Browser?

1. Private Browsing Sentiasa Terpasang

Para pembangun Epic tidak mempercayai mana-mana pelayar yang membiarkan penggunanya terdedah kepada penjejakan. Secara lalainya (default), mode yang sepatutnya aktif sebaik sahaja pelayar dilancarkan ialah ‘incognito’ secara tetap dan sentiasa ‘ada’. Bukan hanya ada hanya ketika pengguna melancarkannya.

Kesemua sesi pelayaran sepatutnya berada dalam mode peribadi.


2. Tiada Penjejak (Tracking)

Tiada ciri ini pada Epic. Kod berunsurkan penjejakan telah tinggal menjadi sejarah lama hidup anda, sebaik sahaja anda menggunakan Epic.

3. Proksi Terbina Dalaman

Proksi terbina dalaman ini berfungsi untuk menyembunyikan alamat IP anda dari dijejaki.

4. Trackers Dan Cookies Pihak Ketiga Disekat


Trackers adalah syarikat yang menjejak di mana dan apa yang anda layari di internet. Mereka akan menggunakan data luar dan dalam talian anda lalu menjualnya, atau menggunakan ia untuk memberikan kepada anda iklan yang disasarkan.

Dengan Epic, kesemua trackers disekat dari menjejak aktiviti anda.

5. Integrasi Muat Turun Video

Memang mudah apabila Epic tidak perlukan apa-apa extension untuk memuat turun video-video dari laman web seperti YouTube, Facebook, Video dan banyak lagi.

6. Perlindungan Carian

Carian anda akan sentiasa dilindungi oleh proksi Epic melainkan anda sendiri yang menutupnya (dengan syarat anda gunakanlah VPN supaya alamat IP anda tersembunyi).

7. Enkripsi Data

Jika disokong oleh laman web yang dilawati, Epic akan menggunakan versi https supaya data yang anda beri dan terima dapat dienkrip.

8. Butang Semua Dalam Satu

Dengan satu butang khas, anda dapat mengawal semua ciri-ciri Epic yang menjadikan ia ohsem.

9. Berasaskan Chrome


Paling penting, ia memiliki semua ciri-ciri Chrome yang ohsem cuma tanpa ciri penjejakan yang kita tidak ingini lagi. Kalau pun ada kekurangannya ialah ia tidak dapat diselaras menggunakan akaun Google dek kerana Google telah sedaya upaya menyekat pelayar web ini dari terus dibangunkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan Google yang sedaya upaya mahu mereka memasukkan kod penjejak ke dalam pelayar web ini.

Apapun, setakat ini, Epic Privacy Browser adalah pelayar web terbaik yang boleh anda harapkan untuk ‘menghilangkan’ diri dari dijejaki oleh sang penjejak badai info yang sentiasa dahagakan maklumat sulit anda.


Muat turun: Epic Privacy Browser

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Onion.City: Cara Memasuki Laman Dark Web Tanpa Menggunakan TOR

0

The Dark Web, adalah tempat ‘internet bawah tanah’ di mana pelbagai perkhidmatan aneh dan haram boleh ditemukan. Memasukinya sahaja memerlukan lapisan keselamatan tambahan dalam bentuk TOR browser bundle, VPN, proksi, dan lain sebagainya.

Pelbagai nama diberikan kepadanya termasuklah Deep Web, dark net, dan lain-lain nama yang merujuk kepada sebuah kawasan gelap, dek kerana ada yang menggelarnya sebagai ‘kawasan internet tersembunyi’.

Masakan tidak, di sini anda boleh temukan pembunuh upahan yang sentiasa bersedia asalkan saja bayarannya lumayan. Namun, entri ini bukan hendak bercerita tentang kegelapan dark web.

Entri ini berkisar tentang cara hendak memasuki dark web, kerana ia sememangnya terselindung disebalik lapisan TOR nodes, yang hanya pula boleh diakses menggunakan pelayar TOR melalui rangkaiannya setelah ia disambungkan, dan ia pula tidak dapat diakses menggunakan enjin carian Google mahupun Yahoo!.

Kesukaran mencari dan mengaksesnya sahaja melayakkan ia digelar ‘sesawang gelap’.

Namun itu semua berubah dengan adanya enjin carian terbaru khusus bagi mencari laman-laman dengan akhiran domain .onion ini, iaitu Onion.City. Enjin carian ini telah dibangunkan oleh seorang pengaturcara dan penggodam, iaitu Virgil Griffith.

Ia bertindak seakan-akan enjin carian Google, cuma ianya khusus untuk mencari laman-laman dari dark web dengan apa juga kata kunci yang anda mahu.

Enjin carian ini dikuasakan dengan Tor2web proxy, yang mana ianya membolehkan pengguna akhir/biasa untuk mengakses laman-laman yang menggunakan domain .onion dan membenarkan enjin carian tersebut untuk menggunakan akhiran domain .onion sementara berada dalam rangkaian anonymizer TOR.

Contohnya, sekiranya anda membuat carian tentang ‘Spotify’ di Google, ini hasilnya.

Manakala sekiranya anda menggunakan enjin carian Onion.City, ini pula hasilnya.

Heheheh. Menarik bukan?

Cuma kekurangan enjin carian Onion.City buat masa ini ialah anonimiti, di mana ia berlegar-legar di dunia gelap dengan http, yang mana kemungkinan besar hasil carian anda untuk dijengah oleh orang ketiga adalah tinggi.

Selain itu, meskipun dark web penuh dengan pelbagai penjenayah tegar, Onion.City telah menyenaraihitamkan beberapa laman atau domain yang bercanggah dengan undang-undang Amerika Syarikat.

Projek ini masih lagi ‘separa’ siap, maka dengan itu anda mungkin akan terjumpa mana-mana bugs yang bersiar-siar di dalamnya.

Views: 31

Iklan Newspaper Inline