N.O.V.A 3 Freedom Edition Dilepaskan Oleh Gameloft
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android N.O.V.A 3 Freedom Edition Dilepaskan Oleh Gameloft

N.O.V.A 3 Freedom Edition Dilepaskan Oleh Gameloft

0
Mobile Ads

Kita sedia maklum Gameloft adalah pembangun permainan sejak sekian lama. Terbaru, Gameloft melepaskan N.O.V.A 3 Freedom Edition, sebuah permainan dari siri N.O.V.A yang sebelumnya dilepaskan dalam versi berbayar, juga mempunyai In-App Purchases (IAP), namun kini ia diberikan secara percuma, tanpa IAP, dan hanya diselitkan dengan iklan.

Saya telahpun menguji cuba permainan ini, dan ternyata ianya sama seperti versi yang sebelumnya, iaitu versi berbayar tersebut. IAP tampak seperti ada, cuma ia tidak begitu ‘kelihatan’ pada mata kasar, dan tampilnya seperti anda tidak memerlukan ia untuk progres dengan lebih jauh.

Dari segi kualiti grafik tiada apa yang hendak saya komenkan. Jika anda pemain tegar N.O.V.A 3 versi sebelumnya, anda pasti akan suka juga kerana kualiti grafiknya sama. Berikut adakah beberapa paparan skrin dari permainan ini:

Anda berminat dengan permainan ini? Diingatkan saiznya adalah sebanyak 1.59GB. Jika anda berhajat untuk memuat turun, pastikan data anda tanpa had atau gunakan WiFi (ada ke data tanpa had yang ‘sebenar’ dalam negara kita ni..).

Muat turun N.O.V.A 3 Freedom Edition di sini : N.O.V.A 3 Freedom Edition

Mobile Ads

Exit mobile version