Noontec Zoro Headphone Review
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Noontec Zoro Headphone Review

Noontec Zoro Headphone Review

0
Mobile Ads

Assalamualaikum.

Buat para peminat muzik sekalian, rasanya ini adalah masanya untuk anda penuhkan keinginan anda sebagai seorang yang sentiasa menginginkan bunyi terbaik dari sebuah headphone dengan mendapatkan model Noontec Zoro.

Saya tahu mengenai headphone ini pun secara kebetulan, apabila saya pergi ke sebuah pusat beli-belah untuk mencari model terbaru Beats by Dr. Dre Solo HD (versi 2012, tanpa Monster branding). Jadi niat asalnya adalah untuk menguji kualiti bunyi dari model terbaru tersebut. Tidak disangka pula boleh ‘tersangkut’ dengan model dari Noontec ini. Kalau hendak diikutkan dari segi bahasa inggeris memang tidak jauh antara ‘Zoro’ dan ‘Solo’, jadi saya tidak terasa seperti ‘kerugian’ di situ.

Reka Bentuk

Jika dilihat dari sudut reka bentuk (design), Noontec Zoro dengan jelas menginspirasikan Beats Solo HD! Oh ya, bagi saya tidak salah menginspirasikan sesuatu dan mencipta sesuatu berdasarkan kepadanya, yang pasti Noontec Zoro bukan versi rip off. Ada beza yang ketara antara ‘diinspirasikan dari’ dengan ‘diciplak’.

Headphone ini boleh dilipat ke dalam, dan boleh disimpan di dalam beg yang disediakan. Selain itu, wayar yang dibekalkan juga bukan dari jenis bersambung terus pada headphone, kerana ia boleh ditanggalkan pada bila-bila masa dan boleh digantikan dengan wayar alternatif yang lebih berkualiti mengikut kemahuan anda.

Eh, pendek kata ciri yang ada padanya memang seperti Beats by Dr. Dre Solo HD! Senang faham kan! Cuba lihat pada gambar-gambar di bawah:

Apa yang seronok, bukan sahaja ia mengambil reka bentuk Solo HD sebagai sandaran, tetapi kata-kata intro dari laman webnya juga seakan kata-kata dari Dr. Dre:

While recording music, artists put a great deal of effort into perfecting every detail. However, people may lose a lot of detail and finesse when using the common pair of earphones, and thus they are not able to enjoy the perfect sound effects created by the music and the optimum quality of music is lost.

Berikut pula quote dari kata-kata Dr. Dre yang dicetak pada kotak produk Beats by Dr. Dre:

Artists and producers work hard in the studio, perfecting their sound. But people never really hear it with normal headphones. Most headphones can’t handle the bass, the detail the dynamics. With Beats, people are going to hear what the artists hear and listen to the music the way they should: the way I do.

Rasanya bukan saya seorang sahaja yang berperasaan begitu bukan?

Kualiti Audio

Namun sepertimana yang saya katakan sebentar tadi, kualiti bunyi yang dijana oleh Noontec Zoro ternyata melangkaui Solo HD, dengan harga yang jauh lebih murah. Saya terus lupakan niat mencari versi terbaru Solo HD dan terus mencuba lagu-lagu yang tersimpan dalam telefon saya. Begitu bagus sekali bunyi yang dikeluarkan.

Apabila saya mencuba beberapa lagu ujian dalam genre yang berbeza seperti lagu Too Phat – Clap To This, Sil Khannaz – Hakikat dan Seru, Cromok – Memories, Cannibal Corpse – Decency Defied, Six Feet Under – Revenge of The Zombie dan juga beberapa lagi lagu techno, jazz serta instrumental, saya boleh katakan ia melepasi paras standard yang saya tetapkan. Ternyata Noontec Zoro berprestasi lebih dari harga yang ditawarkan, serta lebih berkualiti berbanding Beats Solo HD! Muzik yang saya minat memang lebih cenderung kepada Metal dan Hip-Hop, kerana itulah senarai lagu ujian lebih kepada genre Metal.

Janaan bunyi bass, perincian yang diberikan adalah berkualiti tinggi, tanpa melebihi dari yang sepatutnya, tidak pula terasa kurang, dan anda masih boleh dapat merasakan ‘tapping’ pada telinga apabila bunyi bass dikeluarkan. Disebabkan saya mengujinya di kedai, saya hanya sempat melakukan ujian pada HTC One X yang dikuasakan oleh Beats Audio, yang mana Beats Audio itu telah dimodifikasi supaya menjana audio lebih berkualiti dari standard Dr. Dre (hahah! saya cuma flashed modifikasi sahaja, bukan saya yang modifikasinya ok!).

Janaan bunyi treble memang jelas, tetapi mungkin kerana Beats Audio yang telah dimodifikasi ini menyebabkan ia sedikit terlebih jelas. Jika treble diturunkan sedikit, maka bunyinya akan lebih harmoni. Apabila volume dikuatkan, distorsi tidak beberapa dirasai, tetapi seperti yang saya katakan, akibat modifikasi Beats Audio menjadikan ia sedikit nyaring. Jika didengar melalui peranti lain, saya pasti bunyinya lebih baik (heheh..).

Noise cancelling pada headphone ini tidak seperti yang diharapkan. Jika anda mendengar ia pada persekitaran yang hingar-bingar, mungkin tiada masalah. Tetapi jika anda cuba mendengar muzik pada persekitaran senyap seperti perpustakaan, mungkin akan mengganggu individu-individu yang lain.

Perkara yang saya tidak beberapa gemar ialah wayar yang dibekalkan walaupun tangle-free, tetapi ia agak nipis dan tampak seperti agak mudah untuk diputuskan, selain ia tidak mempunyai alat kawalan untuk muzik. Ahhh, nampaknya itu sahajalah rungutan saya terhadap headphone ini. Selain dari masalah wayar dan fungsi noise cancelling, masalah lain memang tiada.

Apapun saya boleh jamin ia memang tidak menghampakan, dan berbaloi sekali dengan harganya. Untuk reviu yang lebih profesional, sila ke inner|fidelity. InsyaAllah di waktu akan datang reviu saya akan lebih profesional lagi sepertimana laman tersebut (masih belajar cara pengukuran kualiti sesebuah headphone).

Jumpa lagi semua!

Reka Bentuk : 9.0
Material : 8.0
Aksesori : 7.0 (Tiada kain pengelap untuk membersihkan headphone, dan beg yang disertakan agak ringkas berbanding yang dibekalkan oleh produk Beats by Dr. Dre)
Penampilan Kotak : 9.0 (Menggunakan konsep bukaan buku, sama seperti kotak Beats by Dr. Dre)
Kualiti Audio : 8.9 (Agak tinggi bukan? Sebab saya memang puas hati dengannya.)
Nilai Belian : 9.0
Harga : RM170 (Mungkin berbeza mengikut tempat atau promosi)

Mobile Ads

Exit mobile version