NiceCopier: Alternatif Kepada TeraCopy.
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel NiceCopier: Alternatif Kepada TeraCopy.

NiceCopier: Alternatif Kepada TeraCopy.

0
Mobile Ads

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sihat semua? Wa disini baik-baik belaka. Anda bosan menunggu sewaktu melakukan proses ‘copy’ dan ‘cut’. Anda sukakan barang/perisian percuma? Atau anda seorang pencinta sumber terbuka? Mungkin juga anda tidak gemar menggunakan perisian cetak rompak. Dan anda tidak mahu keluarkan modal. Jika ini semua ada dalam minda anda. Mungkin perisian ini serasi dengan anda.

NiceCopier ialah sebuah perisian yang digunakan untuk melajukan/menambah kelajuan sewaktu melakukan proses penyalinan. Perisian ini adalah bersumber terbuka atau dalam erti kata lain perisian percuma di bawah lesen GPL mungkin.

Mari kita lihat ciri-ciri perisian NiceCopier.
1. Ringkas dan mudah untuk digunakan serta pengawalan yang baik bagi menggantikan proses penyalinan lalai daripada Windows.

2. Menyokong berhenti seketika/jeda (pause) dan melanjutkan kembali proses pengopian/penyalinan.

3. Melakukan proses penyalinan dalam satu tetingkap (window).

Antara tetingkap semasa proses penyalinan.

Apa yang perlu ditunggu lagi. Bersegeralah memuat turun perisian NiceCopier disini.

Sebelum itu layan lagu yang mengajak kita berfikir. Sweet Charity – Batu. 

Mobile Ads

Exit mobile version