EaseUS Todo Backup Free 7.0 Review
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel EaseUS Todo Backup Free 7.0 Review

EaseUS Todo Backup Free 7.0 Review

0
Mobile Ads

Atas permintaan dari pembangun perisian ini sendiri, saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit reviu berkenaan dengan perisian yang dicipta khas bagi melakukan salinan sandaran (backup).

Sedikit intro, kebanyakan daripada kita terutamanya pengguna akhir (end user) dan juga pengguna purata (average comsumer) tidak pernah mengambil kisah atau peduli mengenai salinan sandaran pada fail-fail penting, terutamanya yang melibatkan hal-hal kerja.

Disinilah suka untuk saya mengingatkan, adalah lebih baik anda bermula dari sekarang, dengan melakukan salinan sandaran. Kebiasannya kita hanya akan teringat tentang semua ini apabila komputer mula dilanda virus/malware, dan pelbagai masalah mula timbul sedikit demi sedikit. Tatkala ini menangis pun tidak berguna lagi, kerana ketika anda malas hendak mengambil tahu akan kepentingan membuat salinan sandaran, anda sebenarnya mengorbankan jua kepentingan nilai sebenar fail-fail kerja anda.

EaseUS Todo Backup versi 7.0 (Percuma) ini hadir dengan beberapa ciri penting untuk anda.

Antaranya ialah kebolehan untuk melakukan salinan sandaran pada keseluruhan sistem operasi yang sedang anda gunakan. Sekurang-kurangnya jika ia dimasuki virus atau malware lainnya, anda hanya perlu klik pada butang ‘Recover’ untuk memulihkan keseluruhan data.

Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil ketika mencuba perisian ini. Saya cuba untuk buat fail salinan sandaran kepada satu fail zip yang berada di Desktop.

Paparan berikutnya menunjukkan anda bebas memilih mana-mana direktori dan juga mana-mana fail yang anda ingin buat salinan padanya.

Fail sedang berada dalam proses untuk salinan sandaran. Perlu diingatkan di sini berapa lama masa untuk ia disiapkan adalah bergantung kepada spesifikasi peranti yang sedang anda gunakan, saiz fail, dan juga saiz pemadatan yang telah anda pilih melalui tetapan perisian.

Paparan tetingkap kecil seperti ini akan muncul pada system tray sebaik sahaja salinan sandaran anda berjaya dibuat.

Di sini anda boleh telusuri pelbagai lagi tetapan-tetapan yang banyak untuk anda pilih, ‘tweak’, ubahsuai dan sebagainya lagi mengikut kesesuaian dan citarasa anda selaku pengguna.
Setelah anda selesai melakukan salinan, fail yang tercipta akan berada dalam folder yang telah anda tentukan sewaktu mula-mula anda menetapkannya melalui tetapan perisian.
Selesai! Kini anda sudah boleh menarik nafas lega, kerana fail-fail ini bukan sahaja boleh disimpan dalam cakera keras, malah boleh juga disimpan dalam cakera keras luaran (External HDD), dan juga boleh dimuat naik dalam mana-mana storan awan seperti Dropbox, Box.com, Mega, Shared.com, Mediafire dan sebagainya lagi.
Suka untuk saya ingatkan perisian ini mempunyai pelbagai lagi ciri lain yang sememangnya terlalu panjang untuk saya huraikan. Terserah pada anda untuk ‘menyelongkarnya’ sendiri dan yang pasti, jika anda tidak puas lagi dengan ciri versi percuma, anda juga boleh dapatkan perisian ini dalam versi berbayar yang sememangnya menawarkan lebih ciri.
Pautan Rujukan:
Mobile Ads

Exit mobile version