Next Launcher : Launcher 3D Dari Go Launcher Dev Team
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Next Launcher : Launcher 3D Dari Go Launcher Dev Team

Next Launcher : Launcher 3D Dari Go Launcher Dev Team

0
Mobile Ads

Pengguna Android pasti sedia maklum mengenai Go Launcher EX, sebuah aplikasi pelancar yang popular kerana kepelbagaian fungsinya. Terbaru, pembangun Go Launcher EX iaitu Go Launcher Dev Team mengumumkan pelancar seterusnya yang bakal dirilis, yang telah pun memasuki fasa Beta ke-empat, dikenali sebagai Next Launcher. Anda boleh baca pengumuman tersebut di sini : Go Launcher Official Blog

Apa yang istimewa tentang pelancar ini? Jika dilihat dari paparan antaramukanya, ia tampak seperti tiada beza dengan pelancar-pelancar yang lain, biasa saja. Tetapi jika anda biasa menggunakan pelancar SPB Shell 3D serta TSF Shell, anda akan dapat lihat keistimewaannya iaitu ia merupakan pelancar dengan interaksi paparan 3D.
Beza ketara yang dapat dilihat pada Next Launcher ialah ia hanya menggunakan RAM yang sedikit berbanding dua pelancar yang saya sebutkan tadi. Buat masa ini, dalam versi Beta ke-empat ini ia masih lagi ditawarkan secara percuma.
Istimewanya Next Launcher ini, meskipun ia menawarkan paparan 3D sama ada pada home screen ataupun app drawer, anda tidak akan terasa lagging mahupun ‘hang’. Biarpun dalam versi Beta, setakat ini tiada bugs yang menyakitkan hati serta tiada kegelinciran (glitches).
Next Launcher Beta 4 (pada waktu entri ini ditulis) boleh dimuat turun di pautan pengumuman seperti di atas.
Berikut adalah video demo pelancar ini:



Mr.Hac @ Dr. Freddy : Maaf, tak dapat menulis dengan kerap seperti dulu. ‘Kecederaan’ pada tangan kanan sudah ‘bertambah’ pada tangan kiri pula.

Mobile Ads

Exit mobile version