Begitulah yang terjadi pada diri saya sendiri. Nak dipadam, sayang pula. Tak dipadam, aih, nak kena beli cakera keras luaran baru. Kalau tidak, tiada lagi storan ekstra untuk apa-apa perisian atau kandungan lain yang akan saya muat turun.
Jadi apabila Netflix mula memasuki Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Ya lah, diberi tempoh masa sebulan untuk mencubanya. Kalau tak suka, 3 hari sebelum tamat tempoh percubaan anda akan di-emel peringatan sama ada hendak teruskan (bayar) atau tamatkan. Bukankah itu amat menyelesakan?
Jadi, salah satu cara terbaik untuk menangani masalah kekurangan ruang storan akibat dipenuhi dengan filem-filem yang tidak ditonton ialah dengan melanggan servis penstriman filem/drama, dan Netflix adalah jawapan terbaik. Pada mulanya, saya kurang yakin, apakah kandungan Netflix akan berjaya memuaskan hati saya. Tetapi, setelah mencubanya selama beberapa hari, ternyata ia tidak mengecewakan. Paling best, semua kandungan boleh distrim dengan kualiti definisi tinggi (HD). Puas hati!
Berikut adalah sedikit tips dari saya:
1. Jika anda berminat untuk mencuba akaun Netflix selama sebulan, sila aktifkan terlebih dahulu ‘internet purchase’. Senang cerita buat panggilan ke bank anda, dan katakan kepada mereka anda ingin melanggan Netflix. Tahulah mereka uruskan.
2. Saya sarankan kalau anda ada akaun CIMB, buat kad/akaun KWIK. Ia lebih mudah diterima oleh Netflix dan tidak perlu lagi diaktifkan.
3. Jangan sekali-kali mendaftar menggunakan Google Chrome, kerana ketika artikel ini ditulis, pihak (staf) Netflix ada memberitahu saya bahawa sistem pembayaran Netflix mempunyai masalah dengan pelayar web tersebut. Saya mendaftar menggunakan pelayar web Microsoft Edge, tiada masalah!
4. Anda mahu ‘unlock’ kandungan ‘universal’? Sila gunakan alamat IP USA. Gunakan VPN untuk tujuan ini. Anda akan dapat lihat katalog anda berubah menjadi sangat banyak sekali. (Terima kasih kepada rakan saya Taufiq Aizuddin untuk tips ini)
5. Untuk mendapat kandungan berdefinisi tinggi, pilih pelan kedua (RM42). Kemudian tukar tetapan ‘playback’ dari ‘Auto’ kepada ‘High’.
Sekian dahulu buat masa ini. Saya nak tonton Ong Bak 3 ni. Tata!