Hari ni saya nak share setup yang digunakan pada PC dan Netbook yang saya gunakan (erk..rasa ganjil pula guna ‘saya’..nak guna ‘aku’ ke ‘saya’ ni? Biasa guna ‘Mr.Hac’ je). Bukan apa. Dah ada orang minta, kita tunaikan aja, ye tak?
Hah. Ini lebih kurang serba sedikit lah setup yang Mr.Hac gunakan. Nak cerita semua tak larat pula. So enjoy reading guys!
PC : HP dc7700
Netbook : HP Mini 110-3130tu-PC
Perkakasan : Standard kilang! Takde masa nak modified!
Sistem Operasi : LinuxMint 11 (katya) —> Sekarang dah pakai Ubuntu 12.04.
Perisian-perisian yang digunakan:
1. Pelayar Web Lalai : Firefox.
Add-on wajib ada: Adblock Plus, Add-on Compatibility Reporter, Download Helper, DownThemAll, DownThemAll AntiContainer, DownThemAll Scheduler, Firebug, FireDownload, Flashgot, Greasemonkey, Read It Later, VWC Cocoon.
Pelayar Web ‘backup’ ialah Chromium dan Opera untuk eksperimen.
2. Perisian Pejabat : LibreOffice, Microsoft Office (melalui Wine)
3. Pemain Video : Totem Movie Player, UMPlayer.
4. Pemain Audio/Muzik : Rhythmbox, Clementine, Musique, Banshee, Amarok.
5. Penyunting Imej/Grafik : GIMP, Inskscape, KolourPaint, Picasa. (Guna GIMP je, yang lain tak pernah! Haha!)
6. Pemuat Turun (Downloader/Download Manager) : DownThemAll, FatRat, UGet, JDownloader.
7. Bittorrent Client: Transmission (Default Bittorrent Client)
8. Chatting : Ada tapi tak pernah guna sebab tak minat. Lagipun wife ada kat sebelah nak chatting kejadahnya!
9. Hacking : Fern WiFi Cracker, Aircrack-NG, Gerix WiFi Cracker. (Dan lain-lain)
10. Permainan : Hedgewars, Supertuxkart, PlayOnLinux (Windows Medium).
11. Lain-lain Perisian : Ubuntu Tweak, FileZilla, Geany, Netbeans, Ripper X, Sound Recorder, Screen Recorder, Boot-Repair, Network-Manager-OpenVPN.
Amacam? Dah puas hati? Anda punya setup pula bagaimana?
Hasrat Mr.Hac untuk tahun-tahun akan datang: Mr.Hac berhasrat mahu menghasilkan sebuah sistem operasi (Linux) seperti BackTrack, BackBox dan Ubuntu. Mr.Hac mengambil Oshirix sebagai pembakar semangat untuk menghasilkan distro sendiri. Tak lupa juga harapan Mr.Hac tak akan berkubur untuk mencipta sebuah perisian seperti Ultrasurf, dan yang seangkatan dengannya. VPN sendiri? Itu juga dalam perancangan. Masalahnya Mr.Hac ialah ‘One-Man-Machine’, semuanya atas ‘batu jemala’ Mr.Hac. Semoga terkabul hasrat ini!