Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Enjin gelintar Googgle telah sedia maklum menjadi sahabat akrab pengguna alam maya. Kelebihannya membantu dalam setiap tugas semasa belayar di alam maya tidak boleh tidak dinafikan dengan omongan kosong melainkan dengan fakta saintifik semata. Hehehe. Meskipun diulit dengan kontroversi (kebenaran) intervensi suatu pihak berkepentingan. Bolehlah saya katakan, kita tiada boleh lari daripada menggunakan fungsi-fungsi menarik yang ditawarkan oleh enjin gelintar Google.
Judul artikel bukanlah untuk membincang tentang muslihat yang telah dilakukan oleh pihak Google secara tersirat. Namun, makalah ini akan menjadi panduan kepada kita untuk menggunakan ciri-ciri tersembunyi dan berguna bagi memastikan kewujudan enjin gelintar Google diaplikasikan secara efisien dan efektif.
Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi fungsi tersirat yang dimiliki enjin gelintar Google iaitu fungsi “related:“. Fungsi ini akan memudahkan anda untuk mencari sejumlah lelaman web yang hampir sama latar belakangnya kewujudan laman web itu. Misalannya, Facebook – sebuah tapak web sosial atau media interaksi. Untuk memanfaatkan fungsi related: ini, anda hanya perlu letakkan pautan laman web interaksi Facebook selepas kata related: ini. Contohnya, related:facebook.com. Namun, hasil carian yang diberikan oleh enjin gelintar Google kadangkala tidak banyak dan adakalanya tidak tepat sepertimana yang diharapkan.
Bagi anda yang gemar membaca makalah seperti artikel-artikel berbentuk perkongsian teknologi, fungsi ini dengan cekap. Anda akan dapatkan hasil seperti The Verge, DigitalTrends, Gizmodo, LifeHacker, Ubergizmo, Mashable, Android Authority, Engadget, Alphr, ExtremeTech, Stuff dan sebagainya. Selain itu, anda tidak boleh hanya bergantung harap pada pautan sahaja kerana hasil carian bagi setiap pautan ada masanya bertambah dan berubah. Umpamanya, related:theverge.com sahaja, anda boleh menggunakan hasil yang diperoleh untuk mempelbagailkan lagi carian anda seperti related:digitaltrends.com. Di sebalik kelebihan fungsi ini, sudah tentu ada kelemahannya, kekurangan yang paling ketara ialah, enjin gelintar Google gagal mengecam dengan baik blog teknologi berbahasa Melayu terkait seperti OMG! Hackers? ini (TheSkop, Amanz). Malah, enjin gelintar juga menyeraikan pautan bagi blog yang sudah lama tidak dikemas kini. Mungkinkah kalimat “orang Melayu malas membaca, apatah lagi menulis,” menghantui enjin gelintar Google? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Hahaha.
Izinkan saya mengundur diri, Assalamualaikum.