Sebenarnya saya dah lama tak muat turun video-video sama ada secara pautan terus (direct link) ataupun menggunakan aplikasi torrent. Sejak guna Kodi secara hardcore, aktiviti layan movie via torrent pun dijalankan melalui aplikasi tersebut. Nak tahu caranya? Nanti saya tuliskan kemudian.
Ok, apa pun tujuannya, jika anda hendak memuat turun mana-mana filem dari pautan terus, anda boleh gunakan trik Google (Google Dork) ini. Ya, memang banyak Google Dorks tetapi tak payah acah-acah macam anda hafal semua pula. Cukup sekadar gunakan mana yang memberi manfaat, simpan baik-baik dalam satu note.
Cara 1 [Dork 1]
1. Nama filem -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi)
Contohnya : batman v superman -inurl:(htm|html|php|pls|txt) intitle:index.of “last modified” (mp4|wma|aac|avi)
Keputusan dari dork adalah seperti berikut. Klik sahaja pada mana-mana yang anda suka, kecuali dari subindomovie.xyz tu. Itu laman web entah-apa-apa-entah.
Cara 2 [Dork 2]
intitle:index.of? mkv
Contohnya : intitle:index.of? batman v superman mkv
Berikut adalah contoh salah satu pautan yang telah saya klik.
Baiklah. Cukup setakat itu sahaja. Tutorial torrent dengan Kodi akan menyusul nanti.