Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Menggunakan Tools/Aplikasi/Perisian
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Menggunakan Tools/Aplikasi/Perisian

Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Menggunakan Tools/Aplikasi/Perisian

0
Mobile Ads

Cara paling mudah untuk muat turun video di Facebook adalah dengan menggunakan Internet Download Manager. Tetapi tidak semua orang tahu caranya. Nampak mudah pada kita tetapi susah pada mereka yang bukan tech-savvy.

Terdapat banyak caranya, tetapi saya cuba senaraikan yang paling mudah untuk anda.

1. Gunakan URL di bawah. Salin dan tampal di mana-mana kalau anda malas nak ingat.

https://x.facebook.com/video/video.php?v=”Video ID”

– Kemudian, buka pautan video yang anda ingin muat turun. Contohnya adalah seperti di bawah.

https://www.facebook.com/agus.s.jaya.16/posts/10205762768423531

– Klik untuk mainkan video dan klik kanan untuk memaparkan pilihan ‘Show video URL’. Salin URL tersebut dan dapatkan ID videonya.

Contoh adalah seperti berikut.

https://x.facebook.com/video/video.php?v=10205762726102473

Seterusnya klik kanan dan pilih ‘Save video as’.

Hah, tunggu apa lagi tu. Klik ‘Save’ la.

2. Cara lain, ialah dengan menggunakan laman web yang dibuat khusus untuk muat turun video dari Facebook (dan beberapa laman lain).

Facebook Video Downloader – Online Download Facebook Videos

Facebook Downloader

Caranya mudah sahaja dan straight-to-the-point. Anda dapatkan pautan video yang anda hendak muat turun, salin dan tampal ke dalam kotak seperti di bawah dan klik butang ‘Download’.

Siap.

3. Ya, masih terdapat banyak lagi cara mudah yang lain, tetapi cara ini khusus untuk mereka yang menggunakan telefon pintar. Cara ini juga amat mudah sekali. Anda hanya perlu tukarkan pautan Facebook yang bermula dengan www. kepada ‘m’ iaitu pautan untuk Facebook versi mobil (m.facebook.com).
Setelah itu, mainkan video dan klik pada ‘Save video’. Siap!
Tutorial ini khas untuk yang bukan tech-savvy sahaja. Kalau anda geeks, nerds, IT Power Renjes, pi cari artikel lain la. Banyak lagi artikel yang best dalam ni kan. Heheheh.
Mobile Ads

Exit mobile version