UtamaBeritaMobile Legends Bertukar Tangan

Mobile Legends Bertukar Tangan

Syarikat teknologi dari China, ByteDance, dilaporkan sedang menjual unit gaming mereka iaitu Moonton kepada Savvy Games Group dengan nilai sekitar RM28 bilion lebih kurang. Nilai ini sangat besar dan menunjukkan betapa pentingnya industri game sekarang.

Untuk yang mungkin tak begitu familiar, Moonton ialah studio di belakang permainan Mobile Legends: Bang Bang. Game ini memang sangat popular di Malaysia dan Asia Tenggara, malah sering jadi game utama dalam kejohanan esports. Ramai pemain tempatan kenal dan pernah main game ini.

Kenapa ByteDance nak jual? Sebenarnya ByteDance lebih fokus kepada bisnes utama mereka seperti TikTok dan kandungan digital. Bahagian gaming pula tidak berkembang sekuat yang diharapkan, jadi mereka memilih untuk melepaskan aset ini kepada pihak lain.

Pembeli pula bukan calang calang. Savvy Games Group ialah syarikat pelaburan gaming dari Arab Saudi yang disokong dana negara bernilai berbilion dolar. Mereka memang agresif membeli studio game di seluruh dunia dengan matlamat menjadikan Arab Saudi sebagai pusat industri gaming global.

Jika urus niaga ini berjaya, Mobile Legends akan berada di bawah pemilik baru yang mempunyai dana besar untuk mengembangkan lagi game tersebut. Ini mungkin memberi kesan kepada masa depan esports, termasuk di Malaysia.

Persoalannya sekarang, adakah perubahan pemilik ini akan membawa peningkatan besar untuk Mobile Legends, atau akan mengubah arah game ini sepenuhnya?

Views: 49

AtotheP
AtotheP
Pocoyo
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular