Microsoft Membawa Fungsi Tontonan 4K Di Netflix Pada Pelayar Berasaskan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Microsoft Membawa Fungsi Tontonan 4K Di Netflix Pada Pelayar Berasaskan Chromium

Microsoft Membawa Fungsi Tontonan 4K Di Netflix Pada Pelayar Berasaskan Chromium

0
Mobile Ads

Microsoft akan membawa ciri strim kandungan yang dilindungi DRM, seperti Netflix dengan resolusi 4K pada pelayar-pelayar berasaskan Chromium.

Buat masa ini, satu-satunya pelayar yang dapat strim Netflix resolusi sehingga 4K hanyalah Edge (versi lama).

Pelayar moden seperti Chrome masih lagi mempunyai limitasi sehingga 720p sahaja.

Disebabkan itu Microsoft mempunyai plan bagi membawa ciri dari Edge yang lama, kepada Edge yang baru (berasaskan Chromium).

Walau bagaimanapun, pengkomitan kod terbaru bertarikh 4 September menunjukkan bahawa Microsoft bercadang untuk memperkenalkan kaedah berbeza strim kandungan dilindungi beresolusi 4K yang boleh digunakan oleh pelayar berasaskan Chromium yang lain.

Anda boleh lihat pengkomitan tersebut di sini: Chromium Gerrit.

Bila disemak pada flags yang ada sekarang, Microsoft sudah pun bersedia dengan dua flags untuk kandungan DRM iaitu PlayReady dan Widevine.

Pun begitu, setakat ini resolusi masih tersekat di skala 720p (dah macam iklan Shampoo pula).

Jika anda hendak strim Netflix dengan resolusi sehingga 4K pada laptop anda, buat masa ini cadangan saya anda pasanglah aplikasi Netflix yang boleh diperolehi secara percuma dalam Microsoft Store.

Cuma yang penting anda perlu gunakan Windows 10.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version