Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux?

Sebelum Steam Deck wujud, terlebih dahulu peranti yang dinamakan sebagai Team Machines dilancarkan oleh Valve pada tahun 2015.

Kenapa butiran ini penting? Kerana pada ketika itu, Windows 8 baru sahaja dilancarkan, dan selepas itu pula, lahirnya SteamOS untuk pemain PC Linux.

Windows 8 dipersembahkan sebagai sebuah sistem operasi yang membawa paparan antara muka mobil/peranti mudah alih atau bahasa lainnya lebih disasarkan kepada skrin sentuh.

Seterusnya, Windows Store dilancarkan bersama beberapa syarat ketat mengenai jenis perisian yang dibenarkan, dan bayaran mahal untuk membolehkan aplikasi pembangun disertakan sekali ke dalam Windows Store. Atas faktor ini, para pembangun aplikasi dan permainan bimbang Microsoft akan mengetatkan lagi peraturannya. Maklum sahaja, sejarah mengajar kita bahawa Windows tidak mesra pembangun.

Iklan Google

Ini tentu sahaja menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang di kalangan pembangun.

Atas sebab itulah, SteamOS tercipta. SteamOS merupakan sebuah medium ‘perlepasan’ atau dicipta bertujuan untuk ‘melarikan diri‘ dari Windows.

Kemudian, Steam Machines pula menyusul pada tahun 2015, dengan bernadikan SteamOS.

Malangnya peranti permainan ini gagal mendapat tempat di pasaran. Pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalannya, seperti penangguhan penghantaran, perkhidmatan jualan dari Valve yang lemah, dan Steam Controller yang agak janggal untuk digunakan.

Iklan Google

Tetapi penyumbang kepada masalah utama ialah SteamOS itu sendiri.

SteamOS hanya dapat menjalankan permainan untuk Linux sahaja, dan seperti yang kita sedia maklum, jumlah permainan untuk Linux adalah tidak memberansangkan. Tambahan pula pada tahun tersebut, pembangun kurang cakna dan minat untuk membangunkan permainan khusus Linux, oleh itu bermacam isu timbul – yang menatijahkan jatuhnya penjualan Steam Machines dalam pasaran.

Namun begitu, satu kejatuhan dan kegagalan tidak menghentikan Valve daripada meneruskan usaha mereka dalam percubaan menempatkan ‘Steam’ di mata pemain global. Selepas hayat Steam Machines berakhir, Valve melahirkan sesuatu yang mampu menamatkan gemelut permainan dalam Linux.

Sesuatu yang dinamakan sebagai Proton.

Iklan Google

Valve mengambil keputusan untuk melabur ke dalam satu perkara yang membolehkan permainan Windows dapat dijalankan dalam Linux seperti permainan natif/asli untuk Linux. Tidak mengapa, jika pembangun tidak mahu membangunkan permainan untuk Linux, kerana disebabkan itulah lahirnya Proton, sejenis lapisan keserasian hasil daripada fork WINE.

Berbeza dengan WINE, Proton benar-benar merupakan perubahan yang sekian lama dinanti terutamanya oleh para pengguna Linux. Beribu-ribu permainan Windows baru sudah boleh dimainkan pada PC Linux kini, walaupun adakalanya memerlukan beberapa ‘usikan’ pada tetapan. Pada ketika ini, laman web ProtonDB yang dikendalikan oleh komuniti menyenaraikan hampir 19,000 permainan yang serasi dengan Proton, dan lebih dari 15,000 daripadanya dapat dijalankan dengan baik di Linux.

Ya, teknologi ini masih lagi belum sempurna sepenuhnya, kerana terdapat beberapa permainan yang memerlukan elemen seperti Easy Anti-Cheat dan BattlEye masih tidak berfungsi di Linux kerana ia tidak serasi dengan Proton. Tetapi dengan sokongan daripada studio dan tekad Valve untuk menyelesaikannya, dalam sedikit masa lagi pastinya isu ini akan dapat diperbaiki.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img