Sejak kembali menggunakan Google Chrome, saya seringkali tercari-cari cara untuk menjadikan ia lebih pantas lagi. Mungkin ‘ketamakannya’ menggunakan RAM sudah tidak dapat disangkal, dah tak boleh buat apa lagi dah. Tetapi jika dibandingkan dengan kepantasan yang diberikan, ianya boleh dikatakan berbaloi.Tahun lepas, Google telah membuat pengumuman mengenai satu algoritma terbaru yang mereka cipta iaitu
Brotli, sebuah algoritma pemadatan data baharu dari Google bersumber terbuka.
Menurut Google, algoritma terbaru ini membolehkan ratio pemadatan data yang lebih tinggi sehingga 26%. Ini bererti lebih kurang data yang digunakan, masa memuat halaman yang lebih pantas, dan penggunaan ruang yang lebih baik.
Saya agak teruja untuk mencubanya, lalu saya memuat turun Google Chrome versi Canary (oh ya, saya dah cuba versi Beta namun flags untuk menghidupkan Brotli tidak ada di situ).
Kemudian saya menghidupkan (enable) Brotli melalui flags berikut:
chrome://flags#enable-brotli
Setelah mencubanya, saya boleh lah katakan bahawa percubaan Google dengan algoritma terbaru ini adalah sangat-sangat berjaya. Setiap halaman yang saya buka sama ada penuh dengan gambar atau video, terasa lebih laju dari biasa.
Brotli tidak seperti extension ‘Data Saver’, yang mana ianya bukan bertindak sebagai proksi, tetapi ia bertindak di belakang tabir Google Chrome. Ia akan diimplementasikan dalam masa yang terdekat ini, namun untuk anda yang sudah tidak sabar lagi mahu mencubanya seperti saya, maka anda bolehlah memuat turun Chrome Canary melalui pautan di sebelah :
Download Chrome Canary
Kalau Android mungkin boleh cuba guna Chrome Dev (Saya tak dapat nak buka Chrome Dev tu, jadi saya teka je ni. Mungkin tak serasi dengan Zenfone 2 kot. Huh..).
Apa-apa feedback bolehlah komen di bawah ya..!