Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda yang telah banyak membantu untuk meningkatkan lagi mutu penulisan wa. Artikel ini tidak mengeluarkan setitik peluh pun bagi wa kerana segala ilustrasi dibawah adalah di salin dan tampal di laman rasmi SecurityKISS. Wa hanya menggunakan otak untuk berfikir akan ayat yang mudah dan menggunakan tangan untuk menaip.
Apa itu SecurityKISS?
Memang sengaja wa tidak memberitahu akan apa yang dimaksudkan dengan SecurityKISS pada tajuk penulisan wa kali ini . Berbanding yang wa jelaskan pada entri wa sebelum ini seperti LOIC Untuk Ubuntu [Bah. 1 & 2]. Kata anda seorang hacker. Takkan LOIC pun tak tahu? Dan Tixati: ‘Torrent Client’ Terbaik. Secara terang wa jelaskan kepada anda apa itu Tixati. Melainkan anda bukan pengguna torrent dan tak pernah ambil tahu akan torrent yang membuatkan anda tidak akan tahu tentang torrent.
SecurityKISS merupakan VPN (Virtual Private Network). Tidak perlu wa terangkan apa itu vpn kerana tuan Arya telah menerangkan dengan jelas tentang vpn Lihat artikel karangan beliau Apa Itu VPN? dan Apa Itu VPN [Bah. 2]. SecurityKISS juga menyokong sistem operasi lain seperti Windows,Mac dan sudah semestinya Linux. Bukan sahaja menyokong tiga sistem operasi yang hebat ini malah juga menyokong Android,Iphone & Ipad,Windows Mobile dan DD-WRT,Tomato. Sebelum wa menerangkan dengan lebih dalam lagi mengenai SecurityKISS ini. Wa ambil kesempatan untuk memberitahu bahawa apabila anda menggunakan SecuriyKISS ini peluang anda untuk melakukan penstriman video di Youtube dan pelbagai laman yang membekalkan video adalah 3/10. Begitu juga jika anda pengguna torrent maka peluang untuk anda mengkaburkan identiti anda dari pandangan sembarangan orang ialah sebanyak 0%. Tetapi kelebihan yang ada apabila anda menggunakan SecurityKISS ini di Linux anda akan mendapati proses belayar di alam maya tidak terlalu lambat. Kira baguslah tu kerana tiada apa-apa perasaan geram sewaktu mengunjungi laman sosial,blog dan laman ilmu khususnya laman OMG! Hackers?. Identiti pun terjaga.
Kelebihan apabila menggunakan SecurityKISS.
– Percuma untuk selamanya. Ini yang akan dibincangkan oleh kita. Jika anda menggunakan SecurityKISS secara percuma anda akan menerima 300MB bandwidth/day. Kenapa wa letakkan pada kelebihan bukannya kekurangan?
– Sekuriti tahap 1024-bit
– Sangat mudah untuk digunakan
– Tiada iklan,100 bebas daripada iklan yang menyerabutkan fikiran.
– Dan banyak lagi.
Pendaftaran ahli.
Langkah 1. Kunjungi laman rasmi SecurityKISS disini.
Langkah 2. Scroll dan dapatkan kalimat yang tertulis “DOWNLOAD SecurityKISS Tunnel”
- Berikan nama untuk sambungan vpn anda pada ruangan ‘Connection name’. Cth:- SecurityKISS-Rakyat Siber.
- Jika anda berminat untuk memulakan sistem operasi anda bersama sambungan vpn,tandakan pada ruangan ‘connect automatically’.
- Log masuk ke dalam akaun e-mail anda dan dapatkan Gateway (server yang diberikan. Cth:- USA,UK,Ger). Dapatkan juga Username (client ID) dan password pada e-mail tersebut. Masukkan pada ruangan dalam ruangan yang disediakan.
- Klik Advanced…
Langkah 6. Selepas anda klik Advanced… Anda akan mendapati satu tetingkap (window) akan keluar. Anda tandakan pada Use Point-to-Point encryption (MPPE) dan klik OK. Klik Apply menutup tetingkap yang berkenaan.
Sekian,Assalamualaikum.