Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian pemuat turun video daripada laman penstriman video YouTube dan mengubah secara automatik kepada format audio (mp3).
MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk penulisan merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk memuat turun sesuatu video dan diubah kepada audio. Perisian ini merupakan perisian yang cukup ringkas tapi sempurna. Anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memuat turun dan mengubah kepada format audio. Meskipun bergantung kepada kelajuan capaian internet. Tapi,apa yang saya telah alami ialah perisian ini tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk memuat turun dan ubah kepada format audio.
Apa yang saya perhatikan sekarang ini. Linux bukanlah sistem pengoperasian yang sedang membangun tapi Linux sudah sedia membangun seperti sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Jadi,rasanya sudah tidak relevan sekiranya kita katakan Linux sebuah sistem pengoperasian yang sedang membangun.
MediaHuman Youtube To MP3 seperti yang tertera pada tajuk merupakan perisian cross-platform dimana anda juga boleh mendapatkan perisian ini untuk digunakan di sistem pengoperasian Windows dan MacOSX. Untuk Linux hanya tersedia untuk distro berasaskan Debian/Ubuntu sahaja. Sambil kita berbicara tentang MediaHuman ini. Pembangun MediaHuman menyediakan pelbagai perisian yang menarik. Tapi,buat masa ini hanya perisian Youtube To MP3 sahaja yang tersedia untuk sistem pengoperasian Linux.
Kaedah penggunaan adalah sungguh mudah. Anda hanya perlu salin pautan YouTube dan klik Paste url pada perisian MediaHuman Youtube To MP3. Anda juga boleh menggunakan fungsi drag-and-drop. Selepas anda memasang sekiranya anda mendapat masalah adalah lebih baik sekiranya anda memasang ‘codec’ atau fail yang diperlukan terlebih dahulu. Buka aplikasi Terminal dan letakkan baris perintah di bawah.
sudo apt-get install ffmpeg libmp3lame0 libavcodec-extra-53
Apa yang ditunggu lagi. Mari penuhkan ruang cakera keras anda dengan muzik yang mengasyikkan.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum