Penstriman haram boleh menyebabkan kos yang tinggi di Malaysia untuk para lanun cetak rompak.
TorrentFreak melaporkan bahawa pada minggu lepas, Dewan Rakyat Malaysia meluluskan Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang, antara lain, akan lebih langsung menangani cabaran penstriman haram. Pindaan Akta Hak Cipta ini dapat menghukum mereka yang membolehkan penstriman lanun.
Individu yang menawarkan perkhidmatan penstriman dan peranti yang ‘memudaratkan’ pemilik hak cipta boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM10,000 tetapi tidak lebih dari RM200,000, hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Undang-undang yang dikemas kini juga tidak menggalakkan syarikat sama ada mengambil bahagian dalam penstriman cetak rompak atau bertolak ansur dengan kewujudannya.
Melainkan pengurus syarikat boleh menunjukkan bahawa mereka tidak mengetahui tentang pelanggaran akta dan mengambil ‘semua usaha wajar’ untuk menghentikan perbuatan tersebut, mereka akan dianggap bersalah atas jenayah yang berkaitan.
Undang-undang hak cipta di seluruh dunia selalunya meliputi cetak rompak digital, tetapi sebahagian daripadanya direka bentuk untuk menangani muat turun dan lain-lain bentuk cetak rompak (dalam versi atau cara lama).
Itu adalah masalah buat Malaysia sebelum ini, yang tidak dapat menggunakan Akta Hak Cipta terhadap penjual peranti penstriman berorientasikan cetak rompak sehinggalah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kes tersebut difailkan.
Potensi hukuman adalah berat, dan susunan ayat dalam kemas kini itu menunjukkan mungkin sukar bagi sesetengah syarikat untuk mengelak dari terlibat dengan pekerja yang melakukan penstriman haram secara ‘jalan belakang’.
Sumber: TorrentFreak