Semalam Mr.Hac menghadiri bengkel pengurusan fail dan ia dikendalikan oleh ‘bos besar’ Jabatan Arkib Negara. Macam-macam yang beliau cerita sampai terkedu dibuatnya. Beliau ceritakan pengalaman beliau semasa berada di luar negara (kursus rasanya, lupa dah) iaitu di UK, US, dan Korea.
Yang paling menarik ialah semasa di Korea. Ya. Biarpun K-Pop menguasai ‘pentas’, tetapi dalam masa yang sama pembangunan IT dilihat rancak dan hebat. Bayangkan, jika anda masuk ke dalam perpustakaan mereka, tiada buku yang boleh dicari. Yang ada hanyalah KOMPUTER. Di sana internet adalah laju seperti bullet train dan ia PERCUMA. Di mana-mana sahaja ada WiFi untuk digunakan, walaupun anda sedang duduk di perhentian bas sekalipun.
Kelajuan internet di sana adalah 1GBps. Sudahlah begitu, percuma pula. Teknologi di sana sudah jauh melangkau kemajuan pada era kita di sini. Pengurusan mereka lebih banyak menggunakan awan, daripada dokumen fizikal.
Kita di sini masih lagi bergantung harap kepada servis Unifi dari TM. Ya. Mr.Hac pernah menonton dokumentari semasa ‘pembinaan’ Unifi di Malaysia. Memang banyak rintangan yang harus dilalui. Syabas dan tabik spring kepada juruteranya, tak ingat nama tapi yang pastinya beliau adalah seorang wanita.
Mr.Hac yakin dan pasti, memang kita akan lambat lagi barulah dapat merasa kelajuan 1GBps di rumah sendiri. Dan memanglah hampir mustahil pula nak dapat internet kelajuan begitu dengan percuma pula! Mr.Hac faham jerih payah krew-krew Unifi. Sangat sukar untuk menjayakannya di Malaysia yang terkenal dengan kesesakan jalan raya. Tidak tidur malam perkara biasa. Tetapi sampai bila kita harus bersandar kepada ‘jerih payah’ ini untuk menentukan kadar harga servis internet yang mahal berbanding negara-negara maju lain?
Berikut adalah fakta ‘kelakar’ lagi ‘remeh-temeh’ yang tidak diambil berat oleh ‘orang kita’:
1. Tahukah anda MAJORITI dari kita tidak tahu menggunakan komputer seperti sepatutnya? Ramai antara kita yang hanya tahu membuka Microsoft Office, Internet Explorer dan sebagainya, tetapi sampai di situ sahajalah kemahiran kita.
2. Tahukah anda MAJORITI dari kita yang tidak tahu kewujudan PELAYAR WEB ALTERNATIF, seperti Firefox, Google Chrome, dan Opera? Apatah lagi yang bernama pelik seperti Luna Maya Lunascape!
3. Tahukah anda terlalu ramai yang tidak tahu apa itu Outlook Express? Kalau tidak tahu mengenainya, nak menggunakannya apatah lagi! Nampak remeh kan?
4. Masih ramai dari kita yang tidak tahu pun akan kewujudan sistem operasi alternatif selain Windows seperti Linux, Mac OS X dan lain-lain lagi!
5. Terlalu ramai yang hanya tahu muat turun perisian, memasangnya pada komputer, tetapi nak kekalkan prestasi komputer adalah jauh sekali. Desktop dibiarkan bersepah-sepah dengan pelbagai shortcut dan dokumen. Sedangkan sepatutnya Desktop dihias dengan kemas dan dokumen disusun dengan baik dalam folder khas seperti Videos, Music, Documents dan lain-lain.
Ini baru sikit. Kalau nak disebutkan semua mahu muntah nak baca! Jika dilihat dari perspektif lain, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai rancangan hiburan, dari sekecil-kecil umur, sehinggalah kepada setua-tuanya. Untuk kanak-kanak kita ada IDOLA KECIL, untuk remaja kita ada VOKAL BUKAN SEKADAR BENTUK TUBUH RUPA, dan untuk yang ‘veteran’ pula kita ada KILAUAN EMAS. Lengkap! Tahniah kepada para pencinta hiburan semua!! Hiburan untuk penghuni alam barzakh takde ke? Tak cukup dengan rancangan realiti tv, artis dari Youtube pun nak cipta nama juga!
Mana perginya pencinta ilmu? Ada. Juga ramai. Tetapi pendedahan dalam media adalah seperti habis di celah gigi. Rasanya ada nampaknya tiada. Sampai bila rakyat Malaysia harus begini??
Mr.Hac pulang ke kampung halaman dan melihat senarionya masih sama. Ramai anak muda melayu yang terjebak dengan lumba haram, perempuan pula sibuk membonceng dibelakang. Buat ‘projek’ harampit di dalam rumah tanpa rasa takut, sibuk nak jadi samseng dengan merekrut seramai mungkin ke dalam kumpulan ‘kongsi’ dan banyak lagi yang kita nampak tetapi tak mampu nak buat apa-apa!
Bukan salah siapa, tetapi yang menjadi soalnya, dalam hal pembangunan ilmu serta syakhsiah diri dan akhlak, kita berada pada tahap di mana?? Pembangunan IT? Hanya yang mampu sahajakah yang layak untuk belajar? Yang tak mampu pula bagaimana?
Sebab itu Mr.Hac kekalkan konsep blog ini kepada ‘simple’. Kerana yang Mr.Hac perasan apabila Mr.Hac bawakan tajuk yang agak ‘berat’ sedikit, sambutannya sangat hambar! Ia dapat dilihat dari segi jumlah komen dan page views!
Macam tu ada hati ke nak suruh Mr.Hac tulis artikel atau tutorial yang ‘berat’? Ntah lah!
Mr.Hac: So you think you can dance hack?