*Penafian: Kami tidak menggalakkan kegiatan lanun cetak rompak. Segala maklumat yang disampaikan adalah bentuk informasi dan berita semata-mata.
Sebelum ini pun, aplikasi Loklok pernah memasuki Google Play Store, tetapi kewujudannya itu ditarik balik dan digugurkan.
Entah bagaimana, baru-baru ini ia kembali, menduduki senarai aplikasi yang boleh dimuat turun secara bebas lagi percuma di gedung aplikasi tunggal Google itu.
Apa yang lucu, meskipun ia adalah sebuah aplikasi lanun, ia masih menjadikan ‘subscription base’ sebagai nadi untuk meneruskan operasi, manakala iklan pula dijadikan sebagai sandaran.
Langganan bermula semurah RM4.90 untuk bulan pertama, manakala terdapat diskaun di bulan hadapan dan pengguna akan dicaj sebanyak RM9.90.
Kalau ikut logikal minda, memang jauh lebih murah berbanding aplikasi penstriman lain. Namun, cetak rompak adalah pembunuh industri dan diingatkan bahawa ianya menyalahi undang-undang.
Ada kemungkinan sekali lagi Loklok akan dicantas oleh Google, sama ada lambat atau cepat sahaja.