Lelaki AS Yang Menerima Pemindahan Jantung Khinzir Pertama, Meninggal Dunia
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Lelaki AS Yang Menerima Pemindahan Jantung Khinzir Pertama, Meninggal Dunia Selepas Dua...

Lelaki AS Yang Menerima Pemindahan Jantung Khinzir Pertama, Meninggal Dunia Selepas Dua Bulan

0
Mobile Ads

Hospital Maryland yang melakukan pembedahan itu mengumumkan pada hari Rabu, bahawa individu pertama yang menerima pemindahan jantung khinzir telah pun meninggal dunia.

David Bennett, 57, meninggal dunia pada hari Selasa di Pusat Perubatan Universiti Maryland. Doktor tidak memberikan punca sebenar kematian, dan hanya mengatakan bahawa keadaan mula merosot beberapa hari sebelumnya.

Bagaimanapun, anak lelaki Bennett memuji pihak hospital kerana menawarkan percubaan terakhir. Dia juga berharap usaha ini dapat membantu menamatkan isu kekurangan organ.

Pada mulanya jantung tersebut berfungsi dengan baik, dan hospital Maryland mengeluarkan kemas kini berkala bahawa Bennett tampak seperti beransur pulih. Bulan lalu, hospital mengeluarkan video Bennett sedang menonton Super Bowl dari katil hospital semasa melakukan aktiviti bersama ahli terapi fizikalnya.

Bennett berjaya bertahan lebih lama dengan jantung khinzir yang disunting gen, berbanding ‘Baby Fae’, bayi California yang hampir mati, tetapi hidup selama 21 hari dengan jantung babun pada tahun 1984.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version