Lagu Cinta Melayu Kontemporari Pilihan OMG Hackers
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Lagu Cinta Melayu Kontemporari Pilihan OMG Hackers

Lagu Cinta Melayu Kontemporari Pilihan OMG Hackers

0
Mobile Ads

Industri muzik Malaysia seringkali menerima kritikan keras. Mana tidaknya, berbeza dengan negara jiran, industri muzik Malaysia semakin malap. Kita yang dahulunya boleh dikatakan lebih awal dulu maju ke hadapan di peringkat global, sudah semakin ketinggalan. Industri muzik kita sudah tiada keaslian, tiada jiwa, dan hanya sekadar meniru dan menyalin dari orang lain.

Namun begitu, banyak juga artis dan kumpulan yang bagus terutama sekali daripada scene indie yang meningkat popular sekitar tahun 2008. Lain daripada genre rock leleh dan pop jiwang, berikut adalah lagu cinta kontemporari pilihan saya.

1. Chinta – monoloQue

monoloQue dahulunya adalah anggota kumpulan Butterfingers tetapi telah aktif bergerak secara bersendirian lebih 12 tahun lalu. Chinta menceritakan tentang seorang yang cuba lari daripada perasan cinta kerana luka lama. Namun akhirnya terpaut juga dengan cinta sejati. Karya monoloQue agak unik kerana setiap lagunya ada banyak versi dari segi susunan runut bunyi dan irama. Lagu Chinta juga ada banyak versi.

Dengar:

2. Tiada Kata Secantik Bahasa – monoloQue

Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan lagu ini. Ia adalah naskhah gubahan moden daripada karya asal arwah Tan Sri P.Ramlee. Antara cover kegemaran saya.

Dengar:

3. Kanda Adinda – monoloQue & Atilia

Lagu tema filem 8 bulan. Lagu ini ada jiwa seni lagu tradisional kerana penyanyi lelaki dan wanita saling bersahut-sahutan seperti sedang berseloka. Lagu ini menceritakan asam garam kehidupan berumahtangga. Dulunya ada versi bersama Aisyah Aziz, tapi saya dah tak jumpa di YouTube. Saya rasa versi Aisyah Aziz lebih gemersik dan menggoda untuk didengari.

Dengar:

4. Jelita – Kyoto Protokol

Lagu yang berasal daripada pertandingan Versus di TV9, Kyoto Protokol lari daripada genre biasa dengan menggubah lagu berbahasa Melayu. Pertama kali lagu ini diperkenalkan di kaca TV, saya sangat teruja kerana Kyoto Protokol menampilkan Liyana Fizi! Lirik yang sangat santai dengan irama yang unik Kyoto Protokol. Lagu Jelita menceritakan tentang kedua-dua pihak dalam bercinta yang saling menyokong antara satu sama lain. Ada juga versi bahasa inggeris tapi sudah tentulah versi bahasa Melayu lebih mantap!

Dengar:

5. Gadis Semasa – Yuna

Siapa tak kenal Yuna. Antara penggerak industri muzik indie dan pemecah stereotaip penyanyi wanita suatu ketika dulu. Vokal yang unik, Yuna seolah-olah berada dalam genrenya tersendiri. Lagu Gadis Semasa menceritakan tentang gadis yang sudah bosan dengan pasangannya yang ego dan narsisistik lalu akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Gadis Semasa seolah-olah surat cinta terakhir kepada sang jejaka. Gosip liar lagu ini dahulu, dikatakan Yuna menujukan lagu ini kepada bekas kekasihnya. Namun dinafikan sendiri oleh Yuna. Jadi kita tinggalkan saja gosip itu.

Dengar:

6. KL Kita – Yuna menampilkan Qi Razali

Lagu tema Kolumpo The Movie. Bukan lagu cinta sepenuhnya. Tapi lagu yang sedap didengar dikala sedang kusut dalam kekalutan kota raya dan perhubungan. Liriknya ada maksud tersendiri dan pemahaman setiap pendengar pasti berbeza.

Dengar:

7. Angin Kencang – Noh Salleh

Angin kencang ada sedikit ‘vibe’ negara matahari terbit. Naskhah eksperimen daripada Noh Salleh setelah cuba berkarya secara solo. Lagu menceritakan tentang perasaan rindu seorang kekasih yang berada di kejauhan daripada kekasihnya.

Dengar:

8. Bunga di Telinga – Noh Salleh

Antara lagu Noh kegemaran saya. Lagu yang cukup santai dengan lirik yang puitis. Istimewanya lagu ini bagi saya kerana iramanya yang digabungkan dengan elemen orkestra dengan alat-alat muzik seperti biola dan saksofon. Tapi saya lebih sukakan versi akustik.

Dengar:

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version