Klasifikasi Filem/Video Di Internet

Kepada semua downloader tegar, anda pasti tertanya-tanya apa itu camrip, TS, R5, PPVRip, DVDrip, BRRip?bukan?

Mr.Hac ingin menjawab persoalan ini supaya selepas ini anda tidak lagi ragu-ragu untuk memuat turun apa jua jenis fail yang telah anda cari di internet..Mr.Hac hanya menyenaraikan jenis yang paling KERAP dimuat turun dan disediakan oleh mereka yang ‘mengusahakannya’, oleh itu sekiranya ada yang tidak terdapat di sini, harap anda google lah sendiri..

1. CAMrip

Kalau anda memang jenis yang rajin muat turun filem dari internet, tetapi ketika menonton filem tersebut, tiba-tiba keluar kepada orang di tengah-tengah skrin, ataupun ada ‘bayang’ orang yang sedang turun dari tangga (nak pegi tandas la tu!), itu adalah filem dari jenis ini, iaitu CAMrip..CAM ialah filem yang direkodkan di panggung dengan menggunakan kamera digital..adakalanya ia direkodkan dengan bantuan mini tripod tetapi kebiasaannya direkodkan secara manual, jadi filem itu biasanya ‘bergoyang’ atau bergetar..kedudukan kamera juga tidak tetap, adakalanya ia diambil dari sudut tepi panggung, dan suara direkodkan dari mikrofon terbina dalaman, menyebabkan suara penonton lebih jelas kedengaran berbanding suara dari filem itu sendiri..faktor ini menyebabkan kualiti bunyi agak rendah..

Iklan Google

2. Telesync (TS)

Sama seperti CAMrip, kecuali ia menggunakan sumber audio luaran (external audio source) untuk mengurangkan bunyi bising di panggung, tetapi ia tidak menjamin kualiti audio yang sempurna..pada kebanyakan masa filem berkualiti TS direkodkan di panggung wayang yang kosong dengan kamera yang professional, memberikan kita lebih kualiti pada visualnya..

3. PPVRip

PPVRip ialah singkatan dari Pay-Per-View Ripped..ia dikatakan datang dari sumber Pay-Per-View, dan apa yang menarik ialah kebanyakannya merupakan filem baru yang belum dikeluarkan di panggung apatah lagi DVD tetapi khusus untuk pelanggan hotel sahaja..jangan tanya banyak-banyak pula dari mana hotel tu datang, di negara mana pula hotel tu ada..Mr.Hac memang tak tahu sebab ini adalah dari jenis video yang baru..

4. R5 Retail (R5)

Iklan Google

R5 merujuk kepada format DVD yang spesifik yang dikeluarkan dalam bentuk DVD Region 5, bertujuan untuk melawan kegiatan cetak rompak..cara pengeluaran DVD tradisional agak lama, jadi industri memilih untuk mengeluarkan format DVD yang baru, yang lebih cepat lagi dengan harapan dapat melawan kegiatan lanun-lanun cetak rompak daripada mengaut untung begitu sahaja..(kalau nak maklumat lanjut mengenai R5 boleh google ya, macam biasa la..hahaha..)

5. DVDRip

Salinan daripada pengeluaran terakhir DVD..biasanya DVDRip dikeluarkan dalam format SVCD dan DivX/XviD..kualiti terbaik dan berbaloi untuk dimuat turun..kalau rasa sayang bandwith, maka bersabarlah sikit dan tunggulah video berformat DVDRip keluar, barulah muat turun..

Iklan Google

6. BRRip

Salinan daripada pengeluaran terakhir Blue-Ray..format terbaik untuk dimuat turun akan tetapi saiznya agak besar berbanding DVDRip..terdapat perbezaan antara BRRip dan BDRip iaitu:

BRRip = fail XviD yang di-encode dari keluaran Blue-Ray

BDRip = fail XviD yang di-encode secara terus dari sumber disk Blu-Ray.

(biasanya Mr.Hac download DVDRip je..)

Iklan Google

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img