Tahukah anda dalam isu keselamatan siber, rantau Asia Pasifik di labelkan sebagai pemegang rekod paling teruk di dunia? Menurut kajian yang dijalankan, rantau Asia Pasifik mempunyai rekod pencerobohan yang paling banyak.
Ini disebabkan oleh sikap organisasi itu sendiri yang mengambil mudah dan tidak bersedia dengan serangan dari penggodam. Kebanyakkan dari organisasi atau pertubuhan tidak mempunyai pakar khas dalam bidang forensik komputer & rangkaian. Ini disebabkan mereka merasakan ia sesuatu yang membazir.
Laporan juga mendapati selain dari Ransomware dan Trojan, negara APEC juga terdedah kepada ancaman lain yang menyasarkan serangan berkaitan ekonomi, politik dan maklumat pertahanan.
Infor pantas:
APEC = Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan satu forum untuk 21 buah negara Rim Pasifik (Ekonomi rasmi Ahli) yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik.
Baca juga: Apa Itu Ransomware Dan Ciri-Cirinya?