Kereta Kia dan Hyundai Dapat Dicuri Dengan Hanya Kabel USB
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Kereta Kia dan Hyundai Dapat Dicuri Dengan Hanya Kabel USB

Kereta Kia dan Hyundai Dapat Dicuri Dengan Hanya Kabel USB

0
Mobile Ads

Jenayah curi kereta semakin meruncing dan dilaporkan meningkat sehingga lebih 700% peratus di beberapa negeri di Amerika Syarikat. Penjenayah menyasarkan kereta keluaran Kia dan Hyundai di Amerika Syarikat kerana keselamatan kereta yang rendah.

Baru-baru ini, tular di TikTok video dengan kata kunci “Kia Boys” yang memaparkan sekumpulan remaja mencuri sebuah kereta Kia dengan hanya menggunakan pemutar skru dan kabel USB. Kabel USB digunakan untuk menghidupkan kereta selepas dipecah masuk. Mereka kemudiannya memandu kereta yang dicuri dengan melulu dan merosakkan kereta tersebut.

Kereta Kia dan Hyundai menjadi sasaran dalam trend tersebut kerana tidak mempunyai cip immobilizer yang membolehkan ia dihidupkan walaupun tanpa kunci kereta. Rekabentuk silinder kunci kereta keluaran mereka juga mempunyai kelemahan ketara kerana mempunyai bentuk yang menyamai kabel USB lantas membolehkan ia dihidupkan dengan kabel USB. Kereta yang menjadi sasaran penjenayah adalah kereta yang mempunyai kelemahan dalam sistem kunci kereta. Model kereta dengan kelemahan ini adalah model dari tahun 2011-2021.

Setakat ini, sudah lebih 4000 kenderaan Kia dan Hyundai dilaporkan telah dicuri di Amerika Syarikat dengan semakin ramai remaja mula meniru aksi tular tersebut dan memuat naik ke TikTok. Kia Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kenderaan mereka sebenarnya telah melangkaui standard keselamatan kenderaan Amerika Syarikat. Masih tiada kenyataan penarikan balik model kenderaan daripada Kia dan Hyundai untuk membetulkan kelemahan rekabentuk silinder kunci mereka.

Kia Amerika cuma menawarkan kunci stereng percuma kepada pemilik kereta mereka yang boleh dituntut di pusat jualan Kia di Amerika Syarikat. Berkenaan dengan kelemahan sistem keselamatan pula, Kia Amerika hanya menawarkan pembelian pemasangan kit anti kecurian yang berharga $170USD tapi kos pemasangan dicaj asing dan boleh mencecah sehingga $500USD. Tiada pemanggilan semula model kereta untuk membetulkan masalah tersebut.

Kia dan Hyundai juga telah mengeluarkan beberapa tips kepada pelanggan mereka untuk mengelakkan kecurian kereta seperti meletakkan kenderaan di kawasan cerah dan sentiasa mengunci kenderaan jika tidak digunakan. Untuk rekod, immobilizer pada kenderaan Kia hanya menjadi standard di Amerika Syarikat untuk model 2022 dan ke atas.

Sementara itu, pemilik kenderaan buatan tempatan di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana sedangkan kenderaan tempatan paling ekonomi; Proton Saga sudahpun lama dilengkapi dengan cip immobilizer pada kunci kereta mereka.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version