Korang dah biasa guna ChatGPT untuk bantu tulis atau debug kod? Sekarang ada cara baru yang lebih senang, nama dia Canvas! 💻
Dengan “Canvas,” korang boleh buat kerja menulis dan coding bersama ChatGPT dalam satu ‘window’ lain. Bukan setakat chat, tapi korang boleh bina, ubah, dan ‘touch up’ kerja tu terus!
Apa Yang Best Tentang ChatGPT Canvas?
- Bekerjasama dengan ChatGPT Lebih Mudah
Korang boleh highlight teks atau kod untuk minta ChatGPT semak atau bagi cadangan. - Ubahsuai & Semak Kod Lebih Pantas
ChatGPT boleh bantu debug, tambah komen, dan cadangkan cara nak improve kod korang. - Restore Versi Lama
Kalau tersilap edit, korang boleh undur balik ke versi sebelum ni! - Pilihan Tahap Pembacaan
Nak tingkatkan atau turunkan tahap pembacaan (reading level)? Canvas boleh adjust ikut kesesuaian korang, dari tahap kanak-kanak sampai ke profesional! - Panjangkan atau Pendekkan Teks
Kalau perlu tambah atau ringkaskan penulisan, boleh buat dengan mudah guna shortcuts yang disediakan. - Tambah Sentuhan Akhir
Canvas boleh semak ‘grammar’ dan jelas kan ayat supaya lebih jelas! - Emoji Pun Boleh!
Tambah emoji terus untuk hidupkan teks korang – sesuai sangat kalau buat konten media sosial. - Sesuai Untuk Pemula & Expert
Sama ada korang baru nak mula atau pro dalam coding, Canvas boleh bantu selesaikan masalah atau baiki kod. - Boleh Guna Banyak Bahasa Programming
Nak tukar dari Python ke Java atau bahasa lain? Canvas boleh tolong translate kod terus!
Pengguna ChatGPT Plus dan Team dah boleh cuba fungsi ni sekarang. Yang lain, sabar sikit, nanti korang pun boleh guna!
– funtikar