Saya berkesempatan mencuba rangkaian 5G yang telah dilancarkan oleh DNB melalui dua telco iaitu YTL Communications (Yes) dan TM (unifi Mobile).
Tapi disebabkan TM hanya menyediakan 5G pada pelan pascabayar sahaja (unifi Mobile), maka saya bergegas mencuba melalui Yes.
Setakat ini, dalam rumah hanya ada 2 hingga 4 bar sahaja. Kelajuan pula boleh mencecah secara konsisten sehingga 300Mbps (kelajuan dalam rumah).
Untuk pelan prabayar ini, perincian adalah seperti berikut:
YES Prepaid FT5G Unlimited
*RM30 sebulan.
*Kelajuan 4G 7Mbps sahaja.
*Kelajuan 5G tidak dihadkan.
5G tidak perlu bayaran tambahan sehingga 31 Mac 2022 (ini bermaksud selepas tarikh tersebut mungkin telco ini akan mengenakan cas tambahan).
*Data hotspot 9GB.
*Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian.
*SMS tanpa had ke semua pengguna YES
*Bayar untuk setiap penggunaan SMS ke rangkaian lain.
Kad SIM Yes Prepaid FT5G boleh dibeli di: https://shope.ee/9eeq13E0ky
Setakat ini kelajuan untuk strim juga tidak dihadkan, dan anda boleh lihat pada tangkap layar yang saya telah kongsikan, strim video 4K boleh mencecah sehingga 200Mbps.
Kelajuan muat naik (untuk kawasan rumah yang saya duduki ini) adalah sehingga 17Mbps. Mungkin agak ‘underwhelming’ atau tidak mengujakan untuk sesetengah orang, tetapi perkara ini masih boleh ditambah baik dan diperbaiki oleh pihak DNB.
Ping adalah antara 17-23ms. Ini juga satu sudut yang masih boleh dijadikan lebih baik.
Saya tak pasti berapa pula bayaran tambahan yang akan dikenakan apabila tamatnya tempoh percubaan sehingga 31 Mac 2022 tersebut. Besar harapannya agar ia tidak membebankan pengguna terutamanya dari kalangan marhaen.
Internet laju bukan untuk satu golongan (berada/kaya) sahaja. Ia adalah satu bentuk keperluan di zaman ini dan ia adalah untuk semua. Pada saya, untuk permulaan dan percubaan, ‘OK-lah’. Tetapi di masa hadapan, saya juga berharap kelajuannya dapat ditingkatkan lagi sehingga 1Gbps. Ini sejajar dengan pembangunan dan kelajuan 5G di negara luar.
Anda pun suka bandingkan dengan negara luar, kan?
Sekarang saya nak tunggu Maxis, Digi, dan U Mobile untuk melancarkan 5G mereka pula. Celcom? Ahhh.
Kemas kini artikel:
Kelajuan 5G di kawasan pejabat saya boleh mencecah sehingga 1.3Gbps:
Kelajuan untuk strim YouTube 4K 60fps dapat menghampiri 300Mbps secara konsisten: