Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Penulis sekali lagi membawakan tutorial atau penulisan tentang Windows 8. Rasa kagum terhadap Windows 8 masih tidak dapat dihilangkan lagi dari dalam diri penulis. Rasanya untuk mengkaji/meneroka Windows 8 lebih daripada sebulan rasanya. Apa yang membuatkan penulis kagum dengan Windows 8 ini bukan sekadar tampilan yang baru tapi juga melalui kecepatan. Berbeza sewaktu menggunakan Windows 7 dulu. Penulis rasakan perbezaan yang amat ketara. Walaupun baru lepas format atau ulang pasang Windows 7. Selang beberapa hari sudah terdapat tanda-tanda untuk hang ataupun tersekat seterusnya membawa kepada crash atau lumpuh (not responding). Mungkin ini disebabkan Windows Aero yang memakan banyak memori,dalam erti kata lain penggunaan memori yang tinggi. Apabila fungsi ini dihilangkan pada Windows 8 pihak Microsoft masih mengekalkan kecantikan dalaman,huh… Penulis hanya dapat katakan rugi untuk tidak menggunakannya.
Berbalik semula kepada tujuan kita iaitu bagaimana atau apakah kaedah yang harus dilakukan untuk menjalankan Internet Explorer 10 dalam tampilan moden atau nama rasmi untuk tampilan pada Windows 8 iaitu ModernUI (Modern User Interface).
Apakah kelebihan apabila kita menggunakan sesuatu program dalam tampilan moden?
Kelebihan yang ketara apabila kita menggunakan sesuatu perisian/aplikasi atau program secara tampilan moden ialah kita tidak akan diganggu oleh
makhluk halus mahupun makhluk asing. Abaikan jika perlu. Anda tidak akan diganggu oleh border,sebarang toolbar dan taskbar Windows yang menyemak mata memandang. Ya! Memang betul anda boleh sembunyikan taskbar Windows tapi,mungkin akan menjadi masalah di kemudian hari. Tampilan antaramuka apabila anda menggunakan tampilan moden akan menyeluruh seperti anda menekan kekunci F11 pada papan kekunci.
Apakah kelebihan Internet Explorer 10?
Antara kelebihan yang baru serta menarik ialah kelebihan sekuriti atau keselamatan semasa belayar di alam maya. Internet Explorer 10 diperkaya dengan keselamatan yang serba lengkap. Selain itu,tampilan mesra pengguna apabila menggunakan tampilan moden (modern ui) pada Windows 8. Di samping itu,Internet Explorer 10 sama seperti Internet Explorer 9 sebelum ini yang akan keluar terus keseluruhan laman. Tidak seperti pelayar lain yang keluar secara sikit-sikit. Agak membosankan untuk menunggu. Memang mengagumkan. Anda boleh kunjungi laman-laman yang ada menceritakan tentang Internet Explorer 10 ini.
1. Dari seberang Fitur Baru dan Kelebihan Internet Explorer 10
2. Internet Explorer 10
3. Internet Explorer 10 Brings Added Security to Windows
4. What’s Coming in Internet Explorer 10
5. Mengapa anda perlu guna Internet Explorer
Kaedah untuk jalankan Internet Explorer 10 dalam tampilan moden.
Langkah 1: Buka Internet Explorer pada desktop.
Langkah 2: Klik Tools dan pilih Internet options.
Langkah 3: Klik tab Programs dan pilih Set programs.
Langkah 4: Satu tetingkap baru akan muncul. Klik Set your default programs.
Langkah 5: Pilih Internet Explorer pada ruangan kiri. Klik Set this program as default dan klik OK.
Langkah 6: Tutup semua tetingkap termasuk Internet Exporer 10 dan jalankan Internet Explorer 10 pada Start Screen.
Untuk buka tab baru anda hanya perlu klik kanan pada mana-mana ruangan/bahagian atas. (gaya penulis).
Bonus untuk pembaca. Cara jalankan fungsi tampilan moden untuk pelayar Google Chrome. Pilih Tools pada bahagian atas sebelah kanan dan pilih Relunch Chrome in Windows 8 mode.
Selesai. Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum