Unknown error code during application install: "-505"
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Unknown error code during application install: “-505”

[How To Fix] Unknown error code during application install: “-505”

0
Mobile Ads
Unknown error code during application install: "-505" ialah ralat yang seringkali didapati oleh mereka yang menggunakan Android versi Lollipop 5.0+.

Menurut laporan logcat yang diterima, ia merupakan ralat 'permission', yang saya cuba quote sedikit dari laman INI:
logcat tells me there's a conflict with redeclaring permissions during installation (in my case, Amazon is trying to redeclare getui.permission.GetuiService, which is already owned by Camera 360).
Ini adalah contohnya:
Apakah cara mudah untuk mengesan mana-mana aplikasi yang berkongsi permission seperti ini? Oh, saya ada caranya. Ya, ia cara saya, sebab saya suka kaedah yang mudah-mudah. Senang nak berkongsi. Anda perlukan: 1. Root dulu, semestinya. 2. Lucky Patcher Kemudian, buka Lucky Patcher, klik 'Rebuild & Install', hala ke direktori tempat anda menyimpan failk apk yang mempunyai konflik. Sekiranya anda mempunyai konflik dengan aplikasi yang anda muat turun dari Google Play Store, cuba Google dan dapatkan terlebih dahulu apk-nya supaya dapat kita gunakan ia melalui Lucky Patcher ini. Saya gunakan contoh permainan Brothers In Arms 3 ini, entah kenapa ralatnya, maka saya pun cuba memasang ia menggunakan Lucky Patcher. Selesai klik 'Install', ini ralat yang keluar:
Dapatlah diketahui bahawa ia mempunyai konflik permission dengan permainan Dungeon Hunter 5. Tidak dapat tidak, jalan penyelesaiannya hanya satu, iaitu perlu pilih salah satu aplikasi/permainan yang hendak digunakan/dimainkan, dan hapuskan yang lainnya. Itu saja. Mudah bukan? Ya nampak macam mudah tapi kalau dah dua-dua aplikasi atau permainan itu kita suka, boleh jadi sukar juga. Sukar untuk membuat pilihan. Tak mengalah, kalau ada jalan lain nanti saya kongsikan semula. How-ley-huuuuu.. jumpa lagi!
Mobile Ads

Exit mobile version