Hias dan Ubahsuai Tampilan Dekstop Windows Anda Seperti Pro

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.
Pernahkah anda lihat persekitaran dekstop (Desktop Environment) seseorang yang begitu menarik perhatian anda? Hari ini Mr.Hac ingin berkongsi serba sedikit tentang cara Mr.Hac menghias persekitaran desktop (Windows 7/XP) yang Mr.Hac gunakan.

Terdapat dua cara untuk menghias persekitaran desktop sama ada anda mahu menggunakan perisian atau cara manual. Cara yang Mr.Hac gunakan adalah kedua-duanya tetapi Mr.Hac minimakan penggunaan RAM supaya prestasi PC tetap kekal terbaik apabila diperlukan.

Jika anda mahu gunakan perisian semata-mata, maka perisian yang boleh Mr.Hac cadangkan ialah
Winstep Extreme (versi terbaru ialah 11.6). Namun jika anda mahu keseronokan mencari beberapa perisian yang dapat menyerupai persekitaran desktop Winstep Extreme, berikut Mr.Hac senaraikan beberapa perisian dan keperluan untuk menghias desktop anda:

  • Rainmeter – Platform untuk pengubahsuaian Desktop
  • RocketDock – Graphical User Interface (GUI) untuk pelancar aplikasi
  • 7tsp – 7 Theme Source Patcher: Membantu anda mengubah tema Windows dengan mudah
  • Windows Start Button Changer – Pengubah butang ‘Start Menu’
  • Beberapa icon untuk melengkapkan hiasan dan beberapa ‘skin’ untuk mengubahsuai Rainmeter

Contoh tampilan persekitaran desktop Mr.Hac

Iklan Google

Gambar di atas adalah contoh dari persekitaran desktop Mr.Hac sendiri (tak habis lagi tu, baru lepas format). Mr.Hac meminimakan penggunaan gadjet tetapi menambah beberapa ‘skin’ yang dapat menggantikan default gadjet dari Windows 7. Berikut adalah beberapa perkara yang diubah/ditambah oleh Mr.Hac:

1. Butang ‘Start Menu’
2. HD Wallpaper
3. Dock (Rocket Dock, kerana ia mudah digunakan dan diubahsuai)
4. Rainmeter skin (Apa yang dipasang adalah Arcs-8Core Clock, Kerrigan CPU, Kerrigan RAM)
5. Ikon di taskbar yang telah disusun/dipindah ke tengah
6. Tema (Theme)
7. Ikon pada Rocket Dock yang telah diubah

Apa lagi yang akan diubahsuai/ditambah? buat masa ini Mr.Hac akan mengubah icon pada taskbar kepada warna hitam supaya sepadan dengan tema (Dark Edition). Pada asalnya Mr.Hac memang telah memasang Windows 7 versi ‘Dark Edition’ tetapi Mr.Hac kurang berpuas hati dengannya. Jadi Mr.Hac mengambil keputusan untuk reinstall Windows 7 (Ultimate) dan ubahsuai sendiri tampilannya kepada ‘Dark Edition’ versi Mr.Hac. Selain dari RocketDock, anda juga boleh menggunakan ObjectDock sebagai tambahan (versi percuma disediakan)

Sekiranya anda mahu tutorial, anda boleh rujuk kepada setiap forum perisian yang Mr.hac gunakan.
Pautan untuk memuat turun perisian-perisian tersebut adalah seperti dibawah:

1. Rocket Dock

2. Rainmeter

3. Wallpaper

Iklan Google

4. Windows Start Button Changer

Iklan Google

5. 7 Theme Source Patcher

6. Rainmeter Skin

Untuk melihat tutorial di Youtube, Anda boleh klik pautan dibawah:

-> How To Customize Windows 7 Desktop

Iklan Google

Contoh tampilan persekitaran desktop Mr.Hac dengan Winstep Xtreme (Windows XP)

P/S: Ada beberapa bahagian terpaksa diedit (privasi)

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img