Sunday, 21 September 2025
UtamaEditorialHentikan Pembelian Chromebook 'Repurposed' atau...

Hentikan Pembelian Chromebook ‘Repurposed’ atau…

Views: 0

Hentikan Pembelian Chromebook ‘Repurposed’ atau ‘Converted’ Chromebook

Dia macam ni la..

Duit engko, engko punya sukalah nak beli apa pun, kan?
Tapi ini sekadar nasihat saja, sebab abam dah tak larat nak kena ‘peghodi’ laptop hangpa.

Tukang jual memang sedap dah la, senang jual laptop konon harga ‘murah’, tapi di sebaliknya yang dia tak bercerita tu, nak kata modus operandi ala scam pun ada.

Bukan nak marah, cuma nak berpesan, ambillah tahu spesifikasi apa yang anda nak beli tu.

Chromebook ni, kebiasaannya jika yang berharga murah selalunya:

1. Sudah mencecah End-of-Life.

2. Chromebook yang sudah EOL inilah yang selalu diformat dan dipasangkan sistem operasi – biasanya Windows 10 lah.

3. Chromebook jenis ini menggunakan low end chipset (Celeron la seringkali ditemui).

Kenapa dia pakai low end chipset? Sebab asalnya Chromebook dikuasakan oleh sistem operasi ChromeOS – sejenis sistem operasi berasaskan awan (cloud base operating system) yang bererti ia tidak memerlukan CPU dan GPU yang terlampau berkuasa.

Wujud juga Chromebook high end yang menggunakan chipset lebih hebat dan ada yang boleh gaming, tetapi jenis ini jarang sekali digunakan untuk ‘convert’ kerana kosnya (dan tak munasabah juga kerana EOL makan tahun baru tamat).

Chromebook sudah EOL-lah yang sering kononnya diberikan nafas baharu, walhal nafas itu pun ibarat tak cukup kerana umum mengetahui sistem operasi Windows (10, 11) tidak mampu ‘dibawa’ oleh low end chipset setara Celeron.

Kadang-kadang kesian, sebab yang beli ni mak-mak, abah-abah – belikan untuk anak-anak yang nak belajar. Tapi nak guna pun seksa. Ada tu abam jumpa, adapter (charger) pun bukan yang dia punya. Selepas beli baru perasan waktu nak cas.

Penjual seperti biasalah, kalau sejenis bertanggungjawab tu tak mengapa. Dapat jenis lepas tangan, dia buat tak tahu saja apa yang kita dm dia.

Pendek kata penutup cherita ini hari, bukan tak boleh beli, tetapi adalah lebih baik sekiranya anda nak beli Chromebook – belilah yang sememangnya Chromebook beserta ChromeOS dengan chipset yang ‘baik’ sedikit.

Sekurang-kurangnya EOL jauh lagi, prestasi pun lebih bagus dan kemas kini semestinya yang terkini.

Ambil tahu, jangan keliru.

#OMGHSharing #DariMejaEditor
#SiriBercakapDenganAbam

AtotheP
AtotheP
Pocoyo
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x