Hackety Hack ialah sebuah aplikasi sumber terbuka yang mengajarkan kepada penggunanya bagaimana cara untuk membuat perisian dengan menggunakan bahasa pemprograman Ruby. Ia menggabungkan IDE dengan sistem pembelajaran yang mudah tetapi ekstensif.
Ia terdapat untuk pelbagai sistem operasi, iaitu Windows, Mac OS dan Linux. Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan diri di laman web rasminya dan berkongsi perisian yang telah anda cipta. Aplikasi ini sesuai untuk semua tahap kemahiran, dari pemula sehinggalah kepada golongan mahir.
Anda boleh muat turun Hackety Hack di sini. Untuk menjalankan aplikasi ini dalam Linux, bergantung kepada lokasi anda muat turun ia, contohnya pada folder Downloads, buka Terminal dan arahkan ia ke direktori Downloads:
cd Downloads
Kemudian, jadikan fail tersebut executable:
sudo chmod +x hacketyhack-1.0.1.run
Setelah itu, anda sudah boleh jalankan aplikasi ini:
./hacketyhack-1.0.1.run
Atau anda boleh pergi ke direktori ia dimuat turun, dan klik dua kali pada fail executable itu tadi.
Sekarang, Bahasa Pemprograman Ruby bakal menjadi ‘mainan’ harian anda!