Google Melepaskan Tampalan 22 Mac Untuk Google Chrome Dan Android System
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Google Melepaskan Tampalan 22 Mac Untuk Google Chrome Dan Android System Webview

Google Melepaskan Tampalan 22 Mac Untuk Google Chrome Dan Android System Webview

0
Mobile Ads

Kemaskini Google Chrome dan Android System Webview yang lalu telah menyebabkan pelbagai masalah pada aplikasi Android seperti aplikasi tidak boleh dibuka dan juga berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Ramai pengguna telah mengadu menerima masalah yang sama. Android System Webview adalah komponen penting dalam sistem operasi Android kerana menjadi jambatan dan penterjemah kandungan daripada internet untuk dipaparkan di dalam aplikasi.

Pengguna telah disarakan untuk membuang kemaskini yang telah dipasang pada Google Chrome dan Android System Webview mereka untuk menyelesaikan masalah mereka buat sementara waktu.

Semalam, pengguna Malaysia khususnya sudah boleh menarik nafas lega kerana Google telahpun melepaskan kemaskini terkini untuk menyelesaikan masalah yang diakibatkan oleh kemaskini bermasalah yang lalu.

Kemaskini terbaru tersebut boleh didapati dan dimuat turun terus daripada Google Play Store pada peranti Android masing-masing.

Google Chrome
Android System Webview

Sumber : XDA Developer

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version