Fotor: Penyunting Gambar Atas Talian Dan Alat Reka Bentuk Grafik Percuma
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Web Fotor: Penyunting Gambar Atas Talian Dan Alat Reka Bentuk Grafik Percuma

Fotor: Penyunting Gambar Atas Talian Dan Alat Reka Bentuk Grafik Percuma

1
Mobile Ads

Fotor ialah alat penyuntingan gambar yang mempunyai pelbagai varian untuk beberapa jenis platform.

Versi webnya adalah satu medium paling berkesan dalam melakukan proses suntingan akhir bagi mendapatkan hasil gambar yang memuaskan.

Ia menyokong semua format fail imej yang popular, dan padat dengan ciri penyunting untuk membuatkan gambar kelihatan terbaik.

Ia mungkin tidak dapat menggantikan aplikasi penyunting gambar popular seperti GIMP dan Photoshop, tetapi bagi pemula ianya adalah amat mudah untuk digunakan.

Ciri Fotor versi suntingan atas talian yang paling saya suka adalah 1-Tap Enhance. Ia akan menjadikan gambar anda yang kurang menyerlah kepada gambar dengan paparan kualiti lebih baik.

Ia ibarat meletakkan kesan khas secara automatik tanpa perlu memahirkan diri dengan mempelajari setiap fungsi suntingan. Kemudian, anda boleh klik pada ‘Compare’ untuk terus membandingkan perbezaannya, sebelum dan selepas diaplikasikan kesan 1-Tap Enhance tersebut.

Satu lagi ciri yang saya suka ialah ‘Magic Clipper’. Ia dapat digunakan untuk membuang gambar latar dan hanya mengekalkan subjek. Terdapat dua jenis brush iaitu Retain Brush dan Removal Brush.

Jelasnya, Removal Brush digunakan untuk memadam latar, manakala Retain Brush pula digunapakai bagi memastikan subjek kekal dalam bentuk asalnya.

Maaf, saya memang noob guna benda ni. Tapi, anda faham kan?

Bagi fungsi-fungsi lain pula, ia adalah seperti berikut.

Basic ialah di mana anda boleh selaraskan Brightness, Contrast, Saturation, dan Sharpness. Hanya perlu seret sahaja nilai mengikut kemahuan anda, semudah aplikasi Snapseed.

Fine-Tune memberikan pilihan untuk menyelaraskan Exposure, Highlights dan Shadows. Jika gambar anda sudah mempunyai tahap expore yang baik, maka tidak perlu lagi ditambah baik. Secara asasnya bahagian ini digunakan bagi menyerlahkan bahagian gelap akibat penggunaan exposure yang tidak tepat.

Color – ada dua pilihan di sini iaitu Temperature dan Tint. Biasanya gambar yang diambil terutamanya menggunakan telefon pintar mempunyai kecenderungan tertentu sama ada warm atau cool. Anda boleh tukarkan mood gambar kepada warm, di mana gambar tampak lebih kekuningan, atau cool iaitu gambar akan tampak lebih kebiruan.

Vignette adalah seperti namanya, anda boleh menambah kesan seperti gambar lama, sedikit gelap di bahagian hujungnya.

Di bahagian bawah panel Basic, terdapat pula pilihan Effect, Beauty, Frames, Sticker, Text, dan Cloud.

Pada Effect terkandung pelbagai jenis kesan khas yang anda boleh pilih. Setiap satunya akan memberikan tampilan menarik dan unik.

Beauty adalah kesan bagi memperbaiki ‘tampilan’ wajah. Terdapat Blemish Fix, Smoothing, Wrinkle Remover, Blush, Weight Lost (huh?), dan sebagainya lagi.

Frames pula adalah bingkai. Kalau tak tahu bingkai itu apa, Google adalah rakan anda.

Sticker – di sini terdapat pelbagai jenis tampalan. Saya sendiri tidak sempat habis lihat lagi kesemuanya kerana terlalu banyak. Anda terokailah sendiri nanti.

Text, seperti namanya adalah untuk menambah teks pada gambar.

Cloud pula, anda akan diberikan 500MB ruang storan awan sekiranya anda melanggan akan Pro. Akaun percuma pula saya tidak pasti berapa kerana saya terus menggunakan akaun Pro sebaik sahaja log masuk.

Salah satu keistimewaan Fotor versi suntingan atas talian ini ialah fungsi HDR. Fungsi ini terletak pada bahagian bawah senarai fungsi Basic. HDR ialah teknik penyuntingan gambar menggunakan dua atau lebih gambar dengan komposisi yang sama tetapi diambil menggunakan tetapan exposure berbeza dan kemudian digabung menjadi satu.

Anda boleh gunakan Fotor secara percuma di sini: Online Photo Editor | Fotor

Bagaimanapun, sekiranya anda mendaftar akaun dan melanggan versi Pro, anda akan nikmati kelebihan seperti mendapat ruang storan awan Fotor Cloud, sokongan muat turun fail gambar versi definisi tinggi, muat naik gambar ke Fotor Cloud, kongsikan gambar ke laman media sosial dan simpan kandungan yang selalu digunakan pada ruang ‘My Favourites’.

Berikut adalah contoh gambar yang telah saya cuba sunting menggunakan Fotor.

Gambar asal sebelum disunting.

Gambar asal menunjukkan suasana gelap meskipun ia telah diambil menggunakan mode HDR pada telefon pintar saya.

Gambar setelah disunting.

Anda boleh dapat gambaran bagaimana Fotor boleh memberikan kepada anda hasil akhir yang benar-benar mengikut kepada kemahuan anda. Sama ada semakin bagus, atau semakin teruk, itu anda tentukan dan suntingkan sendiri.

Baiklah, anda boleh cuba sendiri Fotor Online Editor ini dan kongsikanlah ia kepada rakan-rakan.

Sekali lagi, pautannya ialah: Online Photo Editor | Fotor

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version