FluBot: Malware Android Pencuri Kata Laluan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita FluBot: Malware Android Pencuri Kata Laluan

FluBot: Malware Android Pencuri Kata Laluan

0
Mobile Ads

Sewaktu Windows sedang meningkat naik jumlah penggunanya selepas ia berakhir dalam setiap komputer sebagai sistem operasi wajib, antara perkara lain yang juga semakin bertambah jumlahnya ialah virus komputer. Dari Windows kita mula mengenai worm, trojan, keylogger, dan sebagainya lagi.

Begitulah halnya yang sedang berlaku dalam universe Android. Apabila sistem operasi ini semakin bertambah bilangan penggunanya, tidaklah menghairankan apabila ia mula menjadi sasaran penjenayah siber dalam usaha mereka untuk mendapatkan keuntungan mudah.

FluBot merupakan varian terbaru malware Android yang direka untuk mencuri maklumat peribadi seperti perincian bank dan kata laluan. Apa yang lebih menakutkan, ia dapat disebar menerusi senarai kenalan pengguna.

Ia merebak melalui pautan phishing, yang pertamanya menyamar sebagai mesej teks dari syarikat kurier, dan kedua ia meminta pengguna untuk mengklik pada satu pautan untuk menjejak penghantaran barang.

Sebaik sahaja pautan diklik, FluBot akan melancarkan fail yang perlu dipasang oleh mangsa, kononnya sebagai medium untuk membuat penjejakan bungkusan. Seperti biasa, apabila ia dipasang oleh mangsa, mereka mendapati ia bukanlah aplikasi penjejakan sebaliknya merupakan malware pencuri informasi.

Apabila ia sudah berada dalam telefon, seterusnya FluBot akan memperoleh akses terhadap senarai kenalan, lalu ia menghantar mesej ke kenalan lain untuk mengembangkan lagi jumlah jangkitan.

Kemudian dalam masa yang sama, FluBot mencuri informasi sulit seperti maklumat bank, kata laluan, kenalan, perincian akaun virtual, dan menggunakan maklumat tersebut untuk memberi ancaman kepada mangsa.

Untuk mendapatkan panduan bagaimana cara bagi mengenalpasti dan membuang malware FluBot ini, Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) UK telah mengeluarkan panduan keselamatan yang boleh dibaca di sini: NSC UK

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version