Sebelum ini kami pernah menulis tentang Free Download Manager, sebuah perisian alternatif terbaik kepada Internet Download Manager (IDM). Ada juga berbagai lagi alternatif lain yang pernah ditulis, contohnya EagleGet.
Kali ini saya ingin bercerita pula tentang FlareGet Download Manager. Sebelum ini memang sudah ada artikel tentangnya, namun artikel tersebut dikhususkan untuk Ubuntu. Kali ini apabila ingin mencari alternatif, FlareGet muncul kembali dalam ingatan.
Percayalah, saya telah mencuba kesemua alternatif yang ada kepada IDM. Memang amat penat menguji satu demi satu dek kerana apa yang orang ramai ingini pada sesebuah pemuat turun yang sama serupa seperti IDM tidak ada pada kebanyakan darinya.
Saya telah cuba JDownloader, Download Accelerator Plus, Internet Download Accelerator, DownThemAll, Ninja Download Manager, dan pelbagai lagi hingga bengkak mata.
Akhirnya saya cuba FlareGet di Windows untuk melihat bagaimana ia beraksi, adakah boleh menggantikan IDM. Jom kita lihat paparan antaramuka aplikasi ini.
Ini pula adalah perbandingan antara FlareGet dan IDM.
Memang jauh beza, bagai langit dan bumi. Tetapi kalau anda tidak suka paparan yang besar, anda boleh kecilkan ia, jangan bimbang. Ianya masih boleh diubah (resize) mengikut kemahuan pengguna.
Mari lihat lihat bagaimana ia berfungsi pula.
Ini adalah paparan ketika saya membuka YouTube, Lihat saja pada butang muat turun yang keluar, saling tak tumpah sepertimana IDM, segalanya dijalankan dengan automatik.
Apabila anda klik pada salah satu pilihan yang keluar tersebut, tetingkap seperti ini akan terbuka. Fail akan dimuat turun mengikut jenis/kategori masing-masing. Folder juga akan diuruskan sendiri oleh FlareGet.
FlareGet sedang beraksi memuat turun fail video dari YouTube. Dengan 8 pecahan sambungan yang dibenarkan oleh FlareGet, kelajuan muat turun tidak berbeza lagi dengan IDM.
Paparan muat turun yang telah siap. Sekali imbas memang pemuat turun ini telah ‘salin’ segala ciri dan paparan antaramuka yang disukai oleh pengguna pada IDM ke dalam cirinya sendiri. Paling penting, jika anda berminat untuk mendapatkan versi pro, ianya tidaklah terlalu mahal seperti IDM, harganya tidak sampai RM50 pun.
Berminat? Anda boleh muat turun FlareGet pada pautan di bawah.
>>> FlareGet.