FinchVPN Kembalikan Musim 'Unlimited Bandwidth' Melalui Hotlink?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel FinchVPN Kembalikan Musim ‘Unlimited Bandwidth’ Melalui Hotlink?

FinchVPN Kembalikan Musim ‘Unlimited Bandwidth’ Melalui Hotlink?

0
Mobile Ads
Dalam Malaysia ni, bahkan di negara luar sekalipun, cuba katakan pada saya siapa yang tidak mahu bandwidth internet tanpa had? Kalau ada mungkin CGPA beliau tak sampai 3.85. Errr..
Waktu telco ‘burung’ sedang hangat dengan jualan kad sim ‘data tanpa had’ (ehem.. tidak rasmi..) dulu, telco tersebut dan para ‘ejen penjual’ membuat untung besar, dek kerana apa? Kerana bandwidth tanpa had ini sudah menjadi satu keperluan asasi pada zaman sekarang. Ia bukan lagi hak golongan berada yang mampu membayar harga kuota besar. Ia kini sudah menjadi perkara basi untuk dibincangkan tetapi kekal relevan sepanjang zaman selagi bandwidth atau data tanpa had ini tidak atau belum diimplementasi.

Terbaru, penawar servis OpenVPN popular iaitu FinchVPN menawarkan pakej ‘tidak rasmi’ untuk ‘unlimited data/bandwidth’ melalui kad sim prabayar Hotlink, dan ‘pakej rahsia’ yang mana anda perlu hantar pesanan peribadi kepada page rasmi FinchVPN atau e-mel kepada support@finchvpn.com untuk mendapatkan perincian maklumat mengenainya.
Harus diingatkan, ia adalah pakej ‘tidak rasmi’, jadi sebarang risiko adalah ditanggung sendiri oleh pengguna. Sama seperti ‘waktu dulu’ dengan kad sim data tanpa had telco burung patah sayap terbang berganti-ganti. Jadi untuk mereka yang tegar seperti Daredevil, anda bolehlah cuba hantar pesanan peribadi kepada page FinchVPN.

Mobile Ads

Exit mobile version