Implosion : Permainan Berkualiti Konsol Yang Percuma, Tetapi IAP Boleh Buat
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Implosion : Permainan Berkualiti Konsol Yang Percuma, Tetapi IAP Boleh Buat Anda...

Implosion : Permainan Berkualiti Konsol Yang Percuma, Tetapi IAP Boleh Buat Anda Menangis

0
Mobile Ads
Kita seringkali dikejutkan dengan kemunculan pelbagai nama permainan baru untuk Android yang mana kualitinya boleh dikatakan sangat membanggakan, setanding permainan konsol, kebiasaannya dari segi grafik.

Kalau nak dikatakan dari segi kepermainan (gameplay) atau adaptasi butang untuk keselesaan bermain pada skrin sentuh, mungkin ia tidaklah begitu baik, namun jika dari segi grafik kebanyakannya telah mula menunjukkan bahawa pembangun mengikuti perkembangan rilisan CPU dan GPU terbaru untuk peranti telefon pintar yang semakin canggih dan berprestasi tinggi.

Antara permainan yang saya katakan itu ialah Implosion. Dengan hanya menonton intronya sahaja sudah cukup membuatkan hati teruja lalu tidak sabar untuk bermain secepat mungkin. Tak percaya? Anda boleh cuba tonton dahulu trailer di bawah:

Bagaimana? Menarik kan?

Ia mempunyai jalan cerita yang bagus disamping kepermainan yang agak selesa dimainkan pada skrin sentuh. Cerita bermula apabila makhluk bernama XADA telah melancarkan serangan ke atas manusia. Apabila manusia mengalami kepupusan, sut perang War-Mech series III adalah satu-satunya penyelamat.

Untuk gambaran lain, anda boleh lihat beberapa paparan skrin di bawah:

Oh, lupa nak sebutkan tadi, yang permainan ini adalah percuma, untuk 6 tahap pertama, manakala baki tahap-tahap lainnya boleh dibeli melalui IAP berharga USD9.99, iaitu kalau mengikut paparan skrin bawah ini, adalah sebanyak RM36.95. Hmmm.. kalau dah bagus, menarik, cun melecun, mahal sedikit pun, apa salahnya. Errr.. kena kumpul modal la jawabnya ni.

Implosion boleh dipasang melalui pautan ke Google Play Store di sini : Implosion

Mobile Ads

Exit mobile version