Elon Musk Berhasrat Untuk Menanam Mikrocip Pada Otak Manusia

Ini bukan teori konspirasi ya. Elon Musk nampaknya cuba ‘buat hal’ lagi.

Dalam temu bual video strim langsung baru-baru ini dengan Sidang Kemuncak Majlis Ketua Pegawai Eksekutif Wall Street Journal, jutawan – Elon Musk berkongsi perancangan akan datang untuk Neuralink.

Syarikat teknologi antara muka otak yang diasaskan bersama oleh Elon Musk pada 2016 itu menyasarkan untuk mula menanam mikrocip pada manusia seawal tahun ini. Implan itu telah pun diuji ke atas seekor monyet yang kelihatan sedang bermain MindPong.

Elon Musk merujuk kepada implan Neuralink sebagai suatu penemuan yang ‘mendalam’ kerana ia mungkin memberikan penyelesaian untuk membantu individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang dalam memulihkan kesihatan mereka dengan mendapatkan kefungsian seluruh badan.

Implan itu sedang menunggu kelulusan daripada FDA, tetapi Elon Musk cukup yakin teknologi itu akan melepasi garis panduan yang diperlukan. Menurut Business Insider, Elon Musk pada asalnya berjanji untuk mula menguji implan pada manusia menjelang akhir 2021.

Iklan Google

Walau bagaimanapun, Musk mempunyai sejarah menyediakan garis masa yang terlalu optimistik. Hanya masa yang akan menentukan sama ada teknologi baharu ini akan tersedia untuk manusia tidak lama lagi.

Anda bagaimana? Teringin hendak bermain MindPong dalam otak?

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img