elementary OS Luna : 3.2.0-29 Kernel Panic At Startup
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel elementary OS Luna : 3.2.0-29 Kernel Panic At Startup

elementary OS Luna : 3.2.0-29 Kernel Panic At Startup

0
Mobile Ads

[Quick Update]

Hanya untuk berkongsi kaedah ini dengan para pengguna elementary OS Luna (buat masa ini Daily Build, belum rilis lagi versi beta-1), bagi mereka yang mendapat ralat kernel panic pada waktu mula, dengan kernel 3.2.0-29, berikut merupakan cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya anggap anda masih belum buang lagi kernel yang lama kerana ia berguna pada waktu seperti ini. Sila boot menggunakan kernel versi sebelumnya, buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get remove ulatencyd

Anda boleh baca maklumat mengenai demon ULatencyD yang menyebabkan ralat ini di sini : ossblog.it

Kaedah ini berkesan sehinggalah ralat tersebut dibaiki. Jika anda telah buang kernel lama, cuba boot ke dalam rescue mode, pilih untuk akses ke Terminal dengan root privileges, dan dari situ cuba gunakan baris perintah yang sama.

Saya ada artikel menarik untuk dikongsikan. Sila ke blog Fikri.my untuk membacanya. Saya amat bersetuju dengan beliau bahawa adalah lebih baik untuk kita format sendiri laptop, PC, netbook, Ultrabook bla bla bla. Anda yakin pekedai (pemilik kedai – Istilah saya) IT itu bukan seorang pakar IT atau penggodam? Saya tidak mahu merisikokan privasi semata-mata kerana malas belajar format.

Mobile Ads

Exit mobile version