Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting)
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting)

Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 2]

0
Mobile Ads
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bertemu kembali dalam kesinambungan entri yang pertama dahulu. Klik disini jika belum baca. Entri kali ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan cPanel Ciplak daripada 2freehosting. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada tujuan sebenar kita. Wa ingatkan kepada yang lebih mengetahui untuk tampil ke hadapan untuk membantu wa yang masih belajar.
Domains
Subdomain: Subdomain boleh menjadi dua situasi. Situasi pertama ialah dimana subddomain boleh menjadi domain rasmi kepada sesuatu laman/blog. Contohnya,subdomain daripada 2freehosting seperti .webu.us dan sebagainya. Anda boleh gunakan domain seperti itu sebagai domain rasmi untuk laman/blog anda. Selain itu,situasi kedua dimana anda mempunyai satu domain dan anda ingin buat “anak” kepada domain tersebut. Contohnya, omghackers.com ingin membuat forum jadi omghackers perlu tambahkan subdomain kepada forum.omghackers.com atau omghackers.com/forum (bergantung kepada perkhidmatan hosting yang digunakan/disewa.
Parked Domain: Anda mempunyai dua domain satu omghackers.com dan satu lagi omghackers.org. Anda ingin tampalkan domain baru omghackers.org kepada domain omghackers.com. Jadi,anda akan menggunakan fungsi ‘Parked domain’ ini. Domain baru itu akan terus disalurkan ke muka utama domain omghackers.com. Maknanya dengan dua domain akan disatukan dan ditujukan ke satu laman/blog yang sama. Selalunya digunakan oleh pihak yang menjalankan urusan jual beli di atas talian seperti laman ini. runhosting.com,runhosting.net dan runhosting.org. (Wa syak je).
Addon Domain: Addon domain pula ialah anda mahu tambahkan satu domain baru pada hosting yang anda guna/sewa. Contohnya anda ada domain baru seperti omghackers.net. Anda tak nak guna ‘parked domain’ sebab anda nak sedekahkan domain ini kepada adik/sahabat anda. Jadi anda boleh gunakan fungsi ‘Addon Domain’. Selalunya ‘Addon Domain’ ini disediakan oleh pihak perkhidmatan ‘hosting’ yang anda guna/sewa. Boleh jadi anda boleh manfaatkan fungsi ‘addon domain’ ini untuk membuat satu laman/blog baru yang dikhaskan untuk muat turun filem,permainan video dan sebagainya.
Redirect: Redirect hampir menyerupai fungsi ‘parked domain’. Tapi redirect lain sikit. Jika fungsi ‘parked domain’ anda letakkan dua domain pada satu laman/blog.  Fungsi redirect berkenaan dengan dua domain tapi satu domain sahaja yang berfungsi. Contohnya, omghackers.net —> omghackers.com. Jika anda klik omghackers.net anda akan dihantarkan ke laman omghackers.com. Kebiasaannya cara ini digunakan sewaktu hosting pada omghackers.net bermasalah atau ada masalah lain. Jadi domain omghackers.com yang jadi pembantu kepada masalah ni. Pernah juga silenthackers.com di direct kan ke domain omghackers.com. (like jika anda pernah alaminya.) Sila klik tutorialmalaya.tk untuk lihat bagaimana redirect berfungsi. Anda akan dibawa ke laman omghackers.com.
Website
Import Website: Digunakan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan hosting baru. Secara lalai (default) semua file pada hosting anda akan disimpan pada public_html. Jadi sekiranya anda mahu pindah ke hosting yang baru dan anda ingin kesemua kandungan pada hosting lama anda di pindahkan ke hosting baru maka anda boleh menggunakan fungsi ini. Kebiasaannya anda boleh buka tiket kepada pihak penyedia untuk membantu melakuka permindahan ini. Format yang disokong ialah .zip,.tar, dan .tar.gz. Format .xml tidak disokong. Jadi sekiranya anda ingin kandungan dari blogger.com dipindahkan ke hosting anda. Gunakan wordpress.org sebagai perantara.
Import Database: ‘Import Database’ pula ialah fungsi yang hampir menyerupai Import Website tetapi fungsi ini digunakan untuk memindahkan fail penting seperti MySQL,php (wa kurang pasti) dan sebagainya. Anda memerlukan dua benda ini iaitu mysql dan php untuk membuat blog/laman. (Selepas selesai perbincangan berkenaan perkara asas ini anda akan belajar membuat blog menggunakan wordpress.org. Sekiranya anda berminat)
Website Builder: Digunakan bagi anda yang ingin membuat laman sesawang. Ringkas tapi gempak itulah yang dapat ditafsirkan. Jalan pembinaan menggunakan ‘website builder’ ini ialah jenis ‘drag and drop’.
Auto Installer: Anda pernah gunakan Fantastico,Softaculous atau Installtron. Sama jugalah dengan Auto Installer. Kemudahan ini disediakan oleh pihak hosting yang anda sewa/gunakan. Fungsinya adalah untuk memudahkan pengguna hosting untuk memasang script untuk blog mereka seperti wordpress,joomla dan sebagainya. (Pada artikel yang dijanjikan tadi yang wa akan ajar cara memasang wordpress pada hosting ialah dengan gunakan cara manual.)
Statistics dan Latest Visitor: Dua benda yang sama iaitu melihat statistik pengunjung yang datang melawat ke laman kita. Semakin bertambah pengunjung semakin tinggilah ranking laman kita. 
Error Pages: Digunakan untuk mengubah kandungan masalah pada laman anda seperti masalah 404 (not found) 403 (forbidden) dan sebagainya. WordPress pun boleh diubah dengan sedikit pengetahuan.
Website Template: Belum dapat dipastikan template untuk apa. Website Builder,Wordpress ataupun Joomla. Ada banyak juga template yang boleh dicuba oleh anda. (Juga akan diajarkan menukar tema wordpress menggunakan ftp client seperti FileZilla dan sebagainya).
Disebabkan entri yang terlalu panjang. Jadi kita berhenti disini dan disambung pada entri seterusnya. 

Sekian,Assalamualaikum

Mobile Ads

Exit mobile version