DuckDuckGo Kini Tidak Lagi Mesra 'Lanun'?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita DuckDuckGo Kini Tidak Lagi Mesra ‘Lanun’?

DuckDuckGo Kini Tidak Lagi Mesra ‘Lanun’?

0
Mobile Ads

Sejak dilancarkan sedekad lalu, DuckDuckGo menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan privasi. Ini adalah kerana enjin carian itu tidak menyimpan alamat IP penggunanya, dan lain-lain data sensitif.

Selain fungsi jawapan pantas (yang ditiru oleh Google), ia juga mempunyai fungsi yang dipanggil sebagai ‘bangs‘.

Bangs adalah pintasan (shortcut) yang boleh digunakan untuk mendapat hasil carian dari laman lain.

Sebagai contoh, jika anda hendak mencari sesuatu entri di Netflix, cukup sekadar gunakan kata kunci !nf diikuti dengan tajuk entri yang anda inginkan.

(InsyaAllah omghackers.com akan ada ‘bang’ sendiri lepas ni – !omghackers. Harapnya lah).

Pun begitu, beberapa hari lepas lebih kurang 2000 bangs dibuang dari senarai. Kebanyakan laman yang terlibat adalah dari laman lanun cetak rompak torrent seperti The Pirate Bay, 1337x dan RARBG.

Menurut sumber dari Reddit, wakil DuckDuckGo memberikan penjelasan mengenai hal ini di mana mereka membuang pintasan ke laman-laman tersebut bagi mengelakkan isu liabiliti di kemudian hari.

Jika laman torrent mungkin dapat difahami juga, tetapi laman seperti OpenSubtitles turut terkena tempiasnya.

Tak mengapalah, daripada DuckDuckGo menanggung saman dan lain-lain isu di kemudian hari, lebih baik mereka lakukan ‘purging’ seperti ini dari sekarang.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version