Salam.
Dropbox ialah satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Jika anda adalah pengguna Ubuntu, anda pasti sudah biasa dengan servis seperti ini kerana Ubuntu menyediakan storan awan percuma untuk setiap penggunanya iaitu Ubuntu One. Jika anda masih belum mendaftar, silakan mendaftar sekarang. Rugi kalau tak guna, kerana Ubuntu One memberikan ruang percuma sebanyak 5GB!
Dropbox pula memberikan ruang storan percuma sebanyak 2GB setiap seorang, yang boleh ditingkatkan dengan beberapa cara. Antaranya dengan menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai dan menggunakan Dropbox serta memasang klien Dropbox pada komputer mereka. Selain itu, dengan melengkapkan ‘misi’ yang diberikan oleh Dropbox, anda juga boleh memperolehi 250MB lagi secara percuma. Cuma lengkapkan 5 misi sahaja dan 250MB ruang storan akan menjadi milik anda.
Untuk pengguna Windows dan Mac OS, anda boleh mendaftar dan memuat turun klien Dropbox melalui pautan berikut : DROPBOX
Untuk pengguna Ubuntu, anda boleh juga menggunakan pautan di atas untuk mendaftar, tetapi untuk memasang klien Dropbox, sila gunakan baris perintah di bawah untuk memasang versi klien yang paling baru:
sudo apt-key adv –keyserver pgp.mit.edu –recv-keys 5044912E
sudo sh -c ‘echo “deb http://linux.dropbox.com/ubuntu/ oneiric main” >> /etc/apt/sources.list.d/dropbox.list’
sudo apt-get update
sudo apt-get install nautilus-dropbox
Kemudian, anda cuma ‘follow the flow’ untuk melengkapkan pemasangan:
PERHATIAN: Pada paparan skrin di bawah, semuanya sudah ‘clear’, tiada masalah. Tetapi jika tetingkap seperti di bawah memaparkan ada pakej yang TIDAK LENGKAP atau tiada, anda boleh terus memasangkan pakej tersebut melalui Terminal dengan baris perintah:
sudo apt-get install NAMA PAKEJ
Lengkapkan misi yang diberi untuk mendapatkan ruang storan ekstra