Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi-Teras

Terdapat perkembangan menarik dalam dunia cip pemprosesan mudah alih, di mana cip Dimensity 9400 dari MediaTek yang bakal dilancarkan telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam ujian penanda aras Geekbench, mengalahkan cip Apple A18 Pro dalam ujian multi-teras.

(Konfigurasi teras Dimensity 9400 anda boleh buat carian sendiri ya. Kalau tulis juga makin panjang pula nanti).

Dalam perbandingan ini, Oppo Find X8 yang dikuasakan oleh Dimensity 9400 mencatatkan skor lebih tinggi berbanding iPhone yang menggunakan cip Apple A18 Pro.

Berdasarkan laporan NotebookCheck dan PhoneArena, perbandingan antara kedua-dua cip ini memaparkan bahawa Dimensity 9400 mencatat prestasi lebih baik dalam ujian multi-teras, yang biasanya mencerminkan kecekapan dan kuasa pemprosesan semasa menjalankan tugas-tugas intensif secara serentak.

Iklan Google

Ini juga turut menunjukkan bahawa MediaTek semakin serius dalam memantapkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran cip mudah alih, mencabar dominasi Apple dan Qualcomm.

Dengan prestasi yang semakin memberangsangkan dari cip Dimensity 9400, ia menandakan kehadiran peranti Android yang lebih berdaya saing dalam aspek kelajuan dan prestasi berbanding peranti Apple pada masa akan datang.

Keputusan awal memberi petanda positif kepada MediaTek, dan Oppo Find X8 mungkin menjadi penanda aras kepada prestasi peranti mercu akan datang. Jangan dilupa bahawa cip ini belum diumumkan lagi, yang bererti masih dapat dilakukan penambahbaikan terhadapnya.

Penat tulis panjang ni, OPPO/realme/OnePlus ada manis-manis tak? Ehem.

– Abam Arya Al-Kipas-Susah-Hati.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img