Sebagaimana yang kita sedia maklum, Google sudah pun lama mencipta kepintaran tiruan yang sedikit demi sedikit berubah, berevolusi, dan bercambah menghampiri kepada ciri seakan manusia sebenar.
Ianya lebih dari sekadar soalan berbalas jawapan. Google mahu menciptakan semua. Kita tahu ‘Assistant’ hanyalah sekadar pembantu maya dalam Android yang tidak bertubuh namun kadangkala apa yang mampu dilakukan olehnya dalam dunia maya ini diluar daripada apa yang difikirkan.
Apabila digabungkan kesemua teknologi kepintaran tiruan yang dimiliki oleh Google, dari gambar (RAISR), otak (Assistant), dan sebagainya lagi lalu ‘dimasukkan’ ke dalam sebuah tubuh sintetik, maka adalah tidak mustahil suatu hari nanti manusia tiruan akan lahir namun dengan ciri naik taraf yang unggul.
Apa yang diingini dari keseluruhan teknologi ini?
Kita tahu, robot atau cyborg tidak akan boleh melahirkan seorang anak sampai bila-bila. Tetapi, apakah faedah yang dapat diperoleh jika manusia perempuan cyborg dapat dihasilkan?
Ya, seorang manusia perempuan cantik yang tidak akan tua buat selama-lamanya, tidak akan mengalami kedutan-kedutan semulajadi, pintar, dan… akan sentiasa ‘sedia’ untuk seorang lelaki (tolong hadamkan sendiri).
Begitu jua sebaliknya dengan cyborg lelaki. Tidak akan tua, sentiasa kacak, sentiasa bertenaga tanpa perlu menjamah tongkat ali asli.
Namun, adakah ini penghujung kepada kesemua usaha berdekad lamanya, hanya sekadar untuk berhubungan kelamin dengan robot?
Benarkah suatu hari nanti robot yang kekal muda ini akan menggantikan manusia untuk tujuan seks? Menurut Matt McMullen, CEO RealDoll, beliau berpandangan hubungan kelamin bersama robot dapat membangkitkan hubungan cinta yang hambar terhadap pasangan serta dapat memperbaiki juga cinta atas katil dengan menambahbaik teknik yang ‘dipelajari’ bersama robot tersebut.
Tidakkah ia dikira sebagai penipuan atau bahasa Inggerisnya cheating kepada pasangan?
Apakah sebenar matlamat mereka ini pada penghujung penemuan dan penciptaan?
? Artikel ini adalah ulasan kepada dua post Daily Mail iaitu Meet Jia Jia the ‘robot goddess’ dan Sex with robots will be ‘mind blowing’.