Friday, 12 September 2025
UtamaPilihan OMGArtikelDalam dunia e-sukan, nama Arteezy bukan calang-cal...

Dalam dunia e-sukan, nama Arteezy bukan calang-cal…

Views: 0

Dalam dunia e-sukan, nama Arteezy bukan calang-calang. Pemain Dota 2 dari Kanada ini dah kumpul lebih RM11 juta hasil kejohanan sepanjang kariernya. Dia antara wajah paling ikonik dalam scene Dota, dikenali dengan gameplay licik, mekanik ‘genius’, dan gaya sedikit introvert.

Tapi baru-baru ini, komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) jadi kecoh bila Arteezy tiba-tiba buat satu tweet ringkas:
“Is MLBB the future?”

Satu soalan pendek, tapi cukup untuk bikin ramai peminat berperang komen. Kalau seorang legenda Dota 2 dah mula pandang MLBB sebagai “masa depan”, maksudnya ada sesuatu yang besar tengah berlaku dalam dunia MLBB.

Dan di sinilah cerita ni jadi lagi menarik. Tahukah anda, nama player terkenal MLBB KarlTzy iaitu pemain yang pernah jadi juara dunia M2 dan baru-baru ini dinobatkan sebaga G.O.A.T dalam Mobile Legends sebenarnya diinspirasikan daripada nama Arteezy? Malah trend “Tzy Nation” yang kita nampak hari ini (FlapTzy, 3MarTzy, KyleTzy, KurtTzy) semua lahir kerana pengaruh besar seorang pemain Dota 2 ini.

Jadi sekarang kita tengok dua dunia bertembung:

Dota 2, game PC dengan sejarah lama dan kejohanan paling mahal dalam sejarah e-sukan.

MLBB, game mobile yang makin dominan di Asia Tenggara, dengan liga-liga seperti MPL dan kejohanan dunia M-series.

Soalannya, adakah kita sedang saksikan peralihan kuasa? Dari PC ke mobile, dari Dota ke MLBB? Kalau ikon besar macam Arteezy pun mula “acknowledge” MLBB, mungkin masa depan e-sukan di rantau kita memang betul-betul ada di tangan MLBB.

Apa pendapat korang, adakah MLBB dah jadi “the future” pun, atau Dota 2 masih tak tergugat?

RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x