Cara Pasang Arch Linux (2012.12.01)

Sudah tiba masanya saya tinggalkan Ubuntu dan Linux Mint. Kini tiba masa beralih kepada sistem operasi yang lebih pantas seperti elementary OS Luna, dan juga saudara ‘sepantasnya’ iaitu Arch Linux. Kaedah pemasangan elementary OS Luna tidak perlulah saya buatkan tutorialnya, kerana ia hampir tiada beza dengan kaedah pemasangan Ubuntu/Linux Mint yang pernah saya tulis suatu ketika dahulu. Cuma kaedah pemasangan Arch Linux nampaknya telah berubah (Aduh..).

Tiada lagi bentuk paparan baris perintah dalam kekotak, kini ia dalam keadaan baris perintah sepenuhnya. Buat mereka yang masih baru tetapi teruja untuk mencuba sistem Arch Linux, anda boleh cuba distro-distro seperti ArchBang, Manjaro Linux dan juga Bridge Linux. Untuk mahir Arch Linux sebenarnya tidaklah susah, jika anda biasa menggunakan sistem operasi Ubuntu dalam tempoh 6 bulan ke atas. Apa yang tampak sukar cuma cara pemasangannya sahaja kerana tiada GUI yang disediakan seperti Ubuntu.

Tetapi percayalah, sebaik sahaja anda berjaya memasang persekitaran desktop, segalanya akan lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan Ubuntu. Jadi jangan takut untuk mulakan langkah pertama, kerana langkah yang ke-1000 itu bermula dari yang pertama jua. Aiwahhh..

Tetapi apa yang dapat saya simpulkan, pemasangan Arch Linux menggunakan ISO dan cara baru ini sebenarnya lebih mudah berbanding cara lama dalam bentuk kekotak tersebut! Ya.. entah kenapa. Saya rasakan pemasangan kali ini jauh lebih lancar berbanding sebelumnya. Syukur, Arch Linux semakin dipermudahkan.

Iklan Google

Sebenarnya untuk mudahkan bicara, saya boleh terus halakan anda kepada cara pemasangan Arch Linux di ArchWiki. Semua maklumat yang super duper lengkap ada di situ. Cuma hanya untuk rujukan di masa hadapan, eloklah kiranya saya coretkan di sini agar jika kusut suatu masa nanti bakal bertandang ke sini juga.

Dalam pemasangan kali ini, saya menggunakan rilisan terbaru iaitu versi 2012.12.01. Baiklah, kita teruskan kepada agenda.

1. Pertama sekali, periksa sambungan internet:

ip addr

Ping Google:

ping -c 3 www.google.com

2. Mencipta partition: Untuk ini, saya pinta anda rujuk video berikut:



Baris perintah yang digunakan:

cfdisk

mkfs.ext4 /dev/sda# <— nombor partition anda

mkswap /dev/sda# <— nombor partition swap pilihan anda

mount /dev/sda# /mnt

mkdir /mnt/boot

mkdir /mnt/home

mount /dev/sda# /mnt/home <— Tentukan partition mana yang hendak digunakan sebagai home dan boot

mount /dev/sda# /mnt/boot

swapon /dev/sda# <— Pilih partition yang hendak digunakan sebagai swap

3. Halakan kepada direktori mnt

cd /mnt

4. Pasang/muat turun pakej base dan base-devel dengan menggunakan pacstrap. Damn! Dulu senang, cuma tandakan apa yang kita mahu dalam kekotak. Sekarang kena guna baris perintah pula. Siapa yang pernah guna Arch dengan ISO lama tentu tahu.

Iklan Google

pacstrap /mnt base base-devel

5. Proses muat turun akan mengambil masa mengikut kelajuan internet anda. Setelah selesai, sila janakan fstab. Tak payah tanya apa kebenda tu, sila teruskan.

genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab

Kemudian semak semula fstab untuk mengelakkan ralat seperti ‘welcome to emergency mode’:

nano /mnt/etc/fstab

Akan terpapar output seperti ini:

#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system>   <dir>   <type>  <options>       <dump>  <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda2               /               ext4            rw,relatime,data=ordered        0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda2               /home           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda2               /boot           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda3               none            swap            defaults        0 0

Pastikan hanya / sahaja yang di-flag dengan nombor 1, dan pastikan nombor partition anda (contohnya sda2 seperti di atas) adalah betul sebagaimana yang anda tetapkan dalam partitioning!

6.  Sekarang tiba masa untuk kita siapkan tetapan pakej itu tadi:

Iklan Google

arch-chroot /mnt

nano /etc/hostname

Akan keluar paparan kosong untuk menetapkan nama hostname. Taipkan apa saja nama yang anda suka. Saya pilih nama ‘archerix’ sebagai hostname. Tekan kekunci Ctrl + O untuk tetapkan dan Ctrl + X untuk keluar.

Kalau nak mudah:

echo archerix > /etc/hostname

Kemudian:

nano /etc/locale.gen

Sila uncomment (buangkan tanda #) pada bahasa yang hendak digunakan iaitu English (US):

Iklan Google

en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1

Ctrl + O dan Ctrl +X seperti di atas untuk tetapkan dan keluar dari tetapan. Setelah itu janakan locale itu tadi:

locale-gen

Siapkan tetapan jam:

ln -s /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime

hwclock –systohc –utc

Hidupkan DHCP untuk sambungan internet:

systemctl enable dhcpcd@eth0.service

Ping Google untuk kepastian (ping -c 3 www.google.com)

Tetapkan kata laluan untuk akaun root:

passwd

Taipkan sahaja kata laluan pilihan anda walaupun tidak kelihatan asterisk, tekan Enter dan taipkan sekali lagi untuk pengesahan.

Tetapkan nama pengguna dan kata laluan:

useradd -m -g users -s /bin/bash drfreddy <— Gantikan ‘drfreddy’ dengan nama pengguna pilihan anda

passwd drfreddy

Seperti biasa taipkan kata laluan walaupun asterisk tidak kelihatan, tekan Enter dan taipkan sekali lagi untuk pengesahan.

7. Baiklah! Selesai sudah tetapan pakej. Mari kita pasangkan pula bootloader! Saya pilih syslinux sebagai alternatif kepada grub:

pacman -S syslinux

syslinux-install_update -iam

8. Sunting fail syslinux.cfg untuk tetapan boot menu:

nano /boot/syslinux/syslinux.cfg

Uncomment (seperti biasa, buangkan tanda #) pada label Windows jika anda dual boot dengannya:

Jangan lupa, di sini juga kena pastikan partition pilihan anda betul. Jangan jadi macam saya di atas, lupa hendak tukar sda3 kepada sda2 (seperti dalam partitioning), terus jadi pening bila dapat ralat.

Pasangkan pula mbr:

dd bs=440 count=1 conv=notrunc if=/usr/lib/syslinux/mbr.bin of=/dev/sda

9. Oh yeah. Siap sudah bahagian ini. Sekarang keluar dari chroot dan reboot:

exit

cd /

umount -a

swapoff /dev/sda# (just in case)

reboot

Sekarang, tiba masa kita selesaikan  kerja yang sudah separuh pembikinan. Apabila anda sudah reboot, log masuk dengan kata nama pengguna ‘root’ serta kata laluan yang telah anda pilih untuk akaun root tersebut.

10. Pasangkan sudo

pacman -S sudo

Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo (boleh rujuk video di atas).

EDITOR=nano visudo

Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.
Contohnya:

Iklan Google

root ALL=(ALL) ALL
drfreddy ALL=(ALL) ALL

Kemaskini:

pacman -Syu

Pasangkan server X:

pacman -S xorg-server xorg-xinit xorg-server-utils mesa xf86-input-evdev xorg-twm xterm xorg-xclock xf86-video-vesa

pacman -S xorg

Secara lalai (default), anda boleh tekan Enter untuk pilih pasangkan semua. Seperti biasa, ia memakan masa bergantung kepada kelajuan internet anda.

Taipkan ‘startx’ untuk menguji. Jika keluar paparan segiempat berwarna-warni, maka itu bermakna anda sudah tinggal satu langkah lagi untuk berjaya. Taipkan ‘exit’ untuk keluar dan bermula semula.

11. Sekarang yang tinggal hanyalah persekitaran desktop. Yeah, bab ini saya tinggalkan kepada anda untuk anda teroka sendiri. Seperti yang anda tahu (pembaca lama), saya sangat sukakan persekitaran desktop Enlightenment 17 atau E17. Anda boleh rujuk di sini : E17 – ArchWiki
Satu lagi persekitaran desktop pilihan saya ialah MATE. Dengan MATE, prestasi dan ‘kenangan’ Gnome 2 akan kekal abadi bersama Arch. Sob..sob.. (terkenang Ubuntu 10.10).

Selesai sahaja proses ini, maka selesailah pemasangan Arch Linux pada PC/laptop/netbook/ultrabook/dll anda. Saya tinggalkan anda untuk merujuk pada thread dari forum RC yang telah ditulis oleh saudara Hao Ren (kredit untuk kamu bro) bagi contoh pemasangan persekitaran desktop LXDE di sini – Cara Install Arch Linux – Step by Step
(Entri ini sedikit-sebanyak saya ambil dari sana. Sebahagian kecil lagi saya ambil dari kedua-dua video dalam entri ini. Betul-betul teratur dan lengkap, tahniah dan terima kasih Hao Ren)

Anda boleh juga merujuk pada video berikut (part 2 pada video di atas):

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img