Cara Mudah Mahir Bahasa Inggeris : Bahagian 1

Salam. Bahasa Inggeris ialah bahasa yang kita tahu, menjadi bahasa perantara pada kebanyakan negara. Kebanyakan bangsa mampu bertutur bahasa ini untuk berkomunikasi dengan bangsa lain. Dalam konteks IT, bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi komputer. Meskipun anda boleh gunakan bahasa lain, namun bahasa pengaturcaraan mahupun baris perintah menggunakan bahasa Inggeris. Tak lupa juga kebanyakan tutorial di internet adalah dalam bahasa Inggeris.

Jadi untuk mahir dalam IT, pendek kata anda perlu mahir dengan bahasa Inggeris dan menguasainya dengan cemerlang supaya anda tidak kekok untuk menggunakan komputer mahupun baris perintah. Dalam Linux, baris perintah menjadi nadi untuk membina, membuang, dan melakukan lain-lain perkara pada sistem operasi berasaskannya. Oleh itu, mahu atau tidak, anda wajib kuasai bahasa Inggeris supaya anda dapat kuasai pelbagai perkara.

Dahulu, semasa Mr.Hac tingkatan satu, Mr.Hac bersekolah di sekolah menengah agama (Cerita berapa belas tahun yang lalu ni!). Masih teringat lagi, bonda bekerja di situ sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Tetapi ironinya, anaknya sendiri tidak pandai bahasa asing tersebut! Jika disuruh menulis karangan, Mr.Hac terpaksa selak kamus Melayu – Inggeris beratus kali semata-mata untuk menyiapkannya. Semua ini gara-gara kurangnya penguasaan vocab dan grammar.

Iklan Google

Setelah melihat beberapa rakan lain yang jauh lebih pandai menulis karangan dengan pantas, Mr.Hac terasa malu dan segan. Bonda guru bahasa Inggeris, anaknya pula tak pandai. Bermula dari situ, Mr.Hac mencipta sendiri cara cepat belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Jadi, ingin Mr.Hac kongsikan di sini, cara yang telah Mr.Hac ciptakan itu.

Apa Yang Anda Perlu Ada:

Iklan Google

1. Buku Nota atau dahulu Mr.Hac menggunakan buku tiga lima:

2. Pen untuk mencatat. Sila bawa kedua-dua benda ini ke mana saja anda pergi.

3. Minat yang mendalam terhadap bahasa Inggeris dan kesungguhan untuk belajar yang jitu.

4. Kamus Melayu – Inggeris.

5. Rujukan : Contohnya kawan yang lebih pandai atau guru anda. Jangan malu bertanya jika anda tidak faham apa-apa, seperti cara menyebut sesuatu perkataan.

Anda sudah mempunyai semua perkara di atas? Ok. Kita bersambung pada bahagian seterusnya. Nantikan ia! (Sengaja buat intro panjang-panjang).

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img