Salam.
Dalam manis, ada pahit, dalam pahit, ada ubat. Dalam keseronokan Mr.Hac melihat semakin ramai penulis baru di sini menulis dengan kreatif dan aktif, rupanya ada juga yang berduka dan kecewa, kerana katanya artikel tutorial dan artikel mengenai Windows (Khususnya) dah semakin kurang. Ya ke? Apapun tahniah kepada Luqman man dan MeiAx kerana telah berjaya memberikan impresi yang hebat kepada Mr.Hac atas penulisan anda yang bagus.
Baiklah. Untuk kesekian kalinya, Mr.Hac menulis artikel khas untuk Windows. Windows only tutorial beb! Dalam Linux (Khasnya Ubuntu) memang boleh guna tutorial ini, tetapi melalui perantara WINE.
Terus kepada tutorial. Adakah anda biasa dengan Tonton.com.my? Jika anda biasa, anda pasti seperti Mr.Hac, sukalah kiranya dapat memuat turun video dari situ untuk dibuat koleksi atau untuk ditonton pada kemudian hari tanpa perlu membuka laman Tonton.
Sebenarnya untuk memuat turun video dari Tonton adalah mudah. Apa yang anda perlukan ialah:
1. Perisian Stream Transport
2. Perisian Adobe Flash Player
3. Akaun Tonton.com.my
Cara Memuat Turun:
1. Pasangkan Adobe Flash Player terlebih dahulu.
2. Pasangkan pula perisian Stream Transport.
3. Daftarkan sebuah akaun laman Tonton dan sila sahkan akaun anda. Setelah itu buka perisian Stream Transport dan pada bar URL, masukkan alamat laman Tonton.com.my, lalu klik pada butang ‘Start’.
Apa yang anda perlu lakukan amat mudah. Cari video yang anda mahu (Seperti contoh di bawah, Mr.Hac sedang cuba muat turun video Majalah 3, semalam punya! Biasa la, ada cerita pasal Ikan Betta! Haha!)
Kemudian tunggu video tersebut dimainkan. Apabila ia mula bermain di dalam perisian Stream Transport, akan muncul maklumat mengenai video tersebut. Sila klik pada butang ‘Download’. RUJUK SEPENUHNYA pada gambar di bawah:
4. Akan keluarlah tetingkap seperti dibawah, yang memaparkan mengenai maklumat video anda.
5. Tunggu ia siap dimuat turun dan setelah itu, siaplah tutorial ini!
Kalau ada yang bertanya kenapa tidak gunakan IDM, jawapan Mr.Hac mudah. IDM tidak menyokong laman Tonton. Setakat boleh muat turun iklan/intro je lebih baik tak payah. Baiklah. Selamat mencuba semua! Harapnya para pengguna Windows akan gembira dengan tutorial ini!