Cara Menggunakan GameCIH
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Cara Menggunakan GameCIH

Cara Menggunakan GameCIH

0
Mobile Ads

Terdapat banyak app seperti ini diluar sana. GameCIH adalah salah satu dari beberapa cheating engine untuk Android (yang saya tahu). Antara cheating engine yang lain adalah seperti Game Killer (kegemaran saya), dan juga Game Guardian. Oh ya, kesemua aplikasi ini memerlukan rooted device, jadi kalau nak guna sila root telefon anda terlebih dahulu. Jangan tanya bagaimana cara untuk root model telefon anda. Google kan ada kan? Forum XDA ada semua tutorial yang anda perlu. Hanya tunggu untuk dibaca sahaja.

Berikut adalah video tutorial ringkas kaedah penggunaan GameCIH ini:



Berikut pula adalah beberapa paparan skrin yang saya ambil dari telefon saya:

Gambar di atas cuma gambaran/demo sahaja. Saya sendiri pun sudah lupa antara ketiga-tiga cheating engine tersebut yang berkesan untuk digunakan pada permainan Jetpack Joyride. Secara asasnya kesemua dari tiga cheating engine adalah lebih kurang sama fungsinya.

Dalam GameCIH, kebiasaannya saya menggunakan ‘Input Number‘ kerana ia lebih mudah digunakan. Manakala ‘Low Level Analysis’ dan ‘Input Name’ pula boleh digunakan untuk permainan tertentu, contohnya Defender II.

Turutannya mudah. ‘Input Number’ kali pertama adalah nombor jumlah wang semasa anda. Kemudian anda perlu memainkan permainan itu sehingga memperoleh wang ekstra. Apabila jumlah wang anda bertambah, katakan:

1. Jumlah wang sebelum anda mainkan/jumlah wang semasa = 300
2. Setelah anda mainkan ia bertambah dan menjadi = 500
3. Maka ‘Input Number’ untuk kali pertama adalah 300, manakala kali kedua adalah 500.
4. Seterusnya paparan hasil carian akan tertera. Sebolehnya anda dapatkan jumlah hasil carian paling minimum, kalau satu lebih bagus.
5. Dari sini anda boleh terus ubah nilai yang tertera, contohnya dari 500, anda tukarkan menjadi 999999, atau berapa sahaja jumlah yang boleh dimasukkan. Sekarang anda sudah mempunyai jumlah wang yang mencukupi untuk memenangi permainan kegemaran anda. Kalau tak menang juga tak tahulah! Haha!

GameCIH boleh dimuat turun melalui pautan berikut : GameCIH 3.0.0 Lite Version

Mr.Hac @ Dr. Freddy : Gaharu cengal giam, tak tahu, tak kenal, diam. Pasrah si lembu dicucuk hidung, banyak cakap macam hidung mancung, aku lebih macam algojo sedia nak pancung.

Mobile Ads

Exit mobile version